Saturday 4 August 2018

215 GRO DIBERKAS

Kuala Lumpur - 04/8/2018

Jabatan Imigresen menangkap 240 pendatang asing tanpa izin termasuk 215 daripadanya bekerja sebagai GRO di 3 buah pusat hiburan dekat Jalan Klang Lama ibu negara awal pagi tadi.


Ini sekaligus membuktikan lambakan warga asing di dalam negara terus diragui motifnya.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata operasi ini juga jelas menunjukkan warga tempatan bersekongkol dalam menggajikan pekerja asing mahupun menggalakkan aktiviti persundalan.


Dalam operasi bermula jam 1 pagi tadi.... Terdapat kegiatan perdagangan tubuh dipercayai mampu ke kancah seks.


Malah ada pusat hiburan yang diserbu ini pernah menjalankan kegiatan sama dan dikenakan tindakan udang undang.

Hasil saringan pati juga mendapati, 215 daripadannya wanita dan 25 lelaki.

Warga thailand paling tertinggi iaitu seramai 216... Manakala selebihnya laos korea selatan dan bangladesh.


Kesalahan dikesan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada permit sah dan paspot tamat tempoh.

6 lelaki tempatan turut diberkas bagi membantu siasatan.

Kesemua tangkapan dibawa ke depoh tahanan imigresen di Bukit Jalil.

Operasi tamat jam 2.30 pagi.


Dalam pada itu...  Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan undang undang ke atas majikan yang degil menggajikan pekerja asing tanpa sah.

Ini termasuk membatalkan semua lesen dan membekukan segala aset milik mereka.

No comments:

Post a Comment