Saturday 30 December 2017

PENEMPATAN HARAM WARGA ASING DIGEMPUR

Kuala Lumpur - 30/12/2017

Kawasan penempatan haram warga asing di Desa Park City di pinggir ibu kota digempur oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Hasil serbuan membabitkan lebih 100 anggota penguatkuasa Imigresen, JPAM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL mendapati terdapat lebih 30 buah rumah haram dibina di kawasan itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata hasil serbuan ini, pihaknya berjaya menangkap 45 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.



Ia termasuk bayi dan kanak kanak berusia 2 minggu sehingga 6 tahun.

Semakan mendapati kesemua mereka dilahirkan di negara ini.

Kawasan ini didapati menjadi penempatan warga asing dari Indonesia sejak 6 bulan lepas.

Hamidi juga berkata kawasan penempatan haram ini berada di kawasan tersorok dan sukar untuk dimasuki keran berbukit serta jalan yang licin terutama jika hujan.



Malah kawasan ini turut dikawal dengan banyak anjing .

Namun hasil maklumat dan risikan, tiada anggota penguatkuasa yang cedera dalam operasi berkenaan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk tindakan lanjut dibawa akta imigresen.

3 PENJENAYAH MATI DITEMBAK

GOMBAK - 29/12/2017

Tiga penjenayah yang dikehendaki polis ditembak mati.

Kejadian berlaku di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, menghala ke Ulu Yam , Selangor lewat kira kira jam 6.45 petang tadi.

Kesemua suspek yang belum dikenalpasti identiti dan warganegara ditumpaskan oleh Cawangan Jenayah Berat D9 Jabatan Siasatan Jenayah  IPK Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Fadzil Amat berkata suspek menaiki kereta Suzuki Swift putih dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 6 petang.

Bagaimanapun suspek memecut laju dan enggan menyerah diri.

Selepas hampir setengah jam mengejar, polis berjaya memintas kenderaan itu.

Bagaimanapun ketika mengarahkan suspek menyerah diri, salah seorang daripada lelaki itu melepaskan sedas tembakan.

Polis yang mempertahankan diri membalas tembakan itu dan berjaya menumpaskan kesemua suspek.



Hasil pemeriksaan , polis menemui sepucuk pistol dan dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti jenayah mereka.

Semakan awal polis mendapati suspek mungkin terlibat dalam kes samun mangsa yang baharu keluar dari mengeluarkan wang dari bank.



Polis yakin dengan tumpasnya penjenayah itu dapat menyelesaikan sebahagian daripada 86 kes samun mangsa yang keluar dari bank melibatkan kerugian mencecah 8 juta ringgit yang dilaporkan berlaku di Selangor pada tahun ini.

Friday 29 December 2017

DADAH BERNILAI 1.7 JUTA RINGGIT DIRAMPAS POLIS

Kuala Lumpur - 29/12/2017

3 lelaki termasuk seorang warga emas ditangkap dipercayai dalang satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek berusia 29 hingga 56 tahun itu ditangkap pada rabu lepas dalam 4 serbuan berasingan di ibu negara dan selangor.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai 1.7 juta ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata... kegiatan sindiket itu dikesan hasil risikan pasukan jabatan siasatan jenayah narkotik bukit aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik STING.



Siasatan mendapati dadah berkenaan cuba diproses kepada bentuk minuman dan disyaki untuk pasaran tempatan.

Antara jenis dadah dirampas..  13 kilogram disyaki ketamin,  2160 paket minuman dicampur dadah jenis ekstasi dan 12.94 kilogram bahan prekusor dadah ephedrine.



Polis juga menyita 2 buah kenderaan persona dan myvi bernilai 45 ribu ringgit.

Kesemua mereka direman 7 hari sehingga 2 januari tahun depan.

Kes disiasat mengikut seksyen 117 kanum acara jenayah dan 39 b akta dadah berbahaya 1952.

12 RUMAH DIJILAT API

Kuala Lumpur - 29/12/2017

Lebih 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka lenyap dijilat api.

Kejadian berlaku di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Insiden membabitkan 12 rumah kayu yang tinggal berdekatan.




Api dipercayai berpunca dari rumah setingkat yang dikesan bermula sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Api marak dengan cepat disebabkan struktur rumah yang diperbuat daripada kayu dan bahan mudah terbakar.



Beberapa pasukan bomba dari balai sekitar ibu negara dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setakat ini usaha memadam kebakaran masih giat dilakukan.

Bagaimanapun belum ada laporan mangsa cedera atau terkorban dalam kejadian itu.

Monday 18 December 2017

TARUHAN MENCECAH RIBUAN RINGGIT

KUALA SELANGOR - 17/12/2017

Kalau sudah tahi judi... Bukan sahaja ayam...  Ikan laga pun sanggup jadi taruhan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Buktinya...  Sebuah markas perjudian sabung ayam yang sudah bertahun beroperasi di ladang kelapa sawit Bukit Kuching Jeram Kuala Selangor... digempur.






Kegiatan mereka dibongkar menerusi operasi Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme D Tujuh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

13 kaki judi termasuk seorang wanita ditangkap.


Operasi bersama pegawai turus d tujuh ipk selangor DSP Norhizam Bahaman serta 8 pegawai dan 13 anggotanya berhasil melalui maklumat awam dan risikan selama 2 minggu.

Ketika diserbu... Sekurang-kurangnya 30 kaki judi sedang bertaruh sabung ayam...  Namun ada yang sempat meloloskan diri di dalam semak.

Pemeriksaan menemui 35 ekor ayam, 13 set taji,  4 botol ikan laga dan peralatan sabung ayam.

Siasatan mendapati... Tahi judi terbabit datang dari luar kawasan selangor semata-mata untuk bertaruh.

Antaranya Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tindakan merobohkan kawasan perjudian dilakukan.

Kesemua mereka berusia 30 hingga 50 an dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Monday 11 December 2017

BERATUS GUNI GULA BERGELIMPANGAN

ISNIN - 11/12/2017

Sebuah treler muatan gula terbalik di susur masuk hentian jejantas sungai buloh, ke jalan duta pagi tadi.

Beberapa buah kereta di belakang treler berkenaan sempat mengelak selepas terlihat treler terbabit terundur dan hilang kawalan ketika melepasi pondok tambah nilai.

Insiden itu mengakibatkan kepala lori terbalik dan muatan beratus guni gula bergelimpangan dipintu masuk tol.



Kejadian jam 7.50 pagi itu turut mengakibatkan pemandu treler terbabit cedera di bahu dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan treler berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke gudangnya di Johor Bharu.

Muatan gula seberat 20 tan itu kini masih giat proses pengalihan.

Insiden itu menyebabkan 2  pintu masuk tol ditutup.

MASIH RAMAI TIDAK MEMILIKI LESEN SAH

SABTU - 09/12/2017

REMAJA 16 TAHUN ANTARA PESALAH TRAFIK YANG DITAHAN DALAN OPS BERSEPADU SAMSENG JALANAN DI IBU NEGARA PADA SABTU MALAM.

OPERASI JABATAN SIASATAN PENGUATKUASA TRAFIK KUALA LUMPUR  BERMULA JAM 10 MALAM ITU TURUT MENCEKUP SEORANG INDIVIDU YANG DIPERCAYAI TERLIBAT DENGAN JENAYAH SAMUN.

DENGAN KEKUATAN 70 PEGAWAI DAN ANGGOTA TERMASUK CAWANGAN JENAYAH IPK KUALA LUMPUR, NARKOTIK IPD WANGSA MAJU SERTA JPJ DAN SPAD... 2 LALUAN UTAMA KE IBU NEGARA IAITU JALAN KUCHING DAN JALAN GENTING KLANG MENJADI LOKASI TUMPUAN OPERASI.

LEBIH 1000 KENDERAAN DIPERIKSA.

MENURUT KETUA OPERASI... DSP SHAFEE ISHAK, BIARPUN OPERASI DILAKUKAN DI LOKASI SAMA SETIAP MINGGU... NAMUN MASIH ADA LAGI PESALAH TRAFIK YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERULANG.

OPERASI KE ATAS PENUNGGANG MOTOSIKAL ITU TURUT MEMBUKTIKAN MASIH RAMAI PENUNGGANG MOTOSIKAL TIDAK MEMILIKI LESEN SAH.



DALAM OPERASI ITU... SEJUMLAH 480 SAMAN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN.

77 DARINYA DIDAPATI MENGGUNAKAN NOMBOR PLAT TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI.

66 ... CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH DAN 65 PENUNGGAN DIKESAN MENUNGGAN TANPA LESEN.

OPERASI BERAKHIR JAM 12 PAGI PADA AWAL PAGI AHAD

ULAT PARKING MATI DI HOTEL

SABTU - 09/12/2017

Mayat seorang lelaki  ditemui dalam sebuah bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan, Kuala Lumpur pada sabtu.

Mayat ditemui di dalam bilik di tingkat dua hotel berkenaan kira kira jam 1.30 tengah hari pada sabtu.
Terdahulu polis menerima panggilan dari seorang lagi lelaki yang menginap di bilik sama dengan mangsa.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada leher mangsa dipercayai akibat dikelar dengan senjata tajam.

Polis yang tiba di lokasi turut menahan lelaki dipercayai rakan mangsa yang masih berada dalam bilik berkenaan.



Siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai 'ulat parking' di sekitar ibu negara.

Punca kejadian masih disiasat.

Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Setakat ini kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan bagi kesalahan membunuh.