Tuesday 31 July 2018

NAMPAK REMEH, NAMUN IMPAKNYA SANGAT BESAR

Kuala Lumpur - 31/7/2018

Biarpun nampak kesalahan remeh... Namun impaknya dalam mengesan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya atau jenayah sangat besar...

Itu antara objektik ops Jabatan Pengangkutan Jalan dalam menitik beratkan kesalahan nombor pendaftaran ekstrim atau tidak mengikut spesifikasi.


Nombor pendaftaran kenderaan merupakan medium kawalan keselamatan kepada tujuh kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan dan kematian.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd. Ismail Mohd. Zawawi berkata...kesalahan itu termasuklah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu atau menunggang, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.


Langkah kawalan ke atas tujuh kesalahan utama itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan dapat dikenal pasti melalui nombor pendaftaran yang terang, tidak mengelirukan dan mematuhi spesifikasi.

Malah operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan-kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan jenayah atau mengelakkan daripada tindakan penguatkuasaan.


Dalam operasi di Jalan Bangsar ibu negara yang dianggotai 55 penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur...  Sejumlah 36 kesalahan itu dikesan dan diberi notis arah periksa.

Operasi bermula jam 9 malam itu turut mengeluarkan 316 saman.


Tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh masih menjadi kesalahan paling tinggi dikesan iaitu 269.

Dua buah kenderaan motor turut disita.

Operasi berakhir jam 11 malam tadi.

Sunday 29 July 2018

HABISKAN 60RIBU RINGGIT UNTUK NAMPAK GAH DIJALANAN

Kuala Lumpur - 29/7/2018

Aksi superman sambil berlumba... Itu lagak ngeri yang dilakukan sekumpulan penunggang motosikal di lebuhraya Duke ibu negara awal pagi tadi.

Namun kelincahan mereka terbantut selepas tindakan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur berjaya memberkas 7 samseng jalanan.


Operasi bermula jam 1 pagi itu turut dilancarkan dengan melakukan sekatan jalan di Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut..

Dengan kekuatan 6 pegawai serta 65 anggota ... Objektif operasi tertumpu kepada mencegah samseng jalanan terumanya di pusat bandar.


Dalam pada itu...salah seorang individu yang ditahan turut mengaku menghabiskan sejumlah 60 ribu ringgit ke atas keretanya semata mata untuk nampak gah dijalanan.

Hasil 3 jam operasi..... Sejumlah 275 buah motosikal dan 180 buah kenderaan diperiksa dengan 186 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.


Sejumlah 4 buah motosikal dan 45 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan.

Antaranya ubah suai kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.


Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

Saturday 28 July 2018

10 PREMIS JUDI ONLINE DISERBU

Rawang - 28/7/2018

Polis merampas 208 mesin slot, 73 mesin simulator dan 63 mesin tambah nilai koin yang dianggarkan bernilai RM 1 juta dalam serbuan di 10 premis yang menjalankan kegiatan judi haram di Jalan Bandar Rawang 3, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

  Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seramai 113 individu terdiri daripada 72 pemain dan 41 penjaga  selain seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dibawa ibu bapanya ke salah satu premis judi berkenaan.


  “Dalam operasi khas banteras judi dilakukan di kawasan ini, kami membuat serbuan di 10 premis dan menahan 113 individu berusia 18 hingga 59 tahun selain seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

  “Kami merampas 208 mesin slot, 73 mesin simulator dan 63 mesin tambah nilai koin yang dianggarkan bernilai RM 1 juta dalam serbuan berkenaan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, tengah malam tadi.


  Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

  Mohamad Fuzi berkata, sejak diumumkan penubuhan bilik gerakan khas bagi judi haram pada 20 Julai lalu, pihaknya menerima lebih 100 maklumat di seluruh negara.

  “Sebaik menerima maklumat berkenaan, kami terus membuat serbuan bagi membanteras kegiatan judi haram di seluruh negara.


  “Kami memandang serius terhadap kegiatan judi haram dan bertekad untuk membanteras aktiviti berkenaan yang banyak mendatangkan masalah sosial dalam masyarakat,” katanya.

Thursday 26 July 2018

SINDIKET JUDI BERTOPENGKAN PUSAT HIBURAN KELUARGA TUMPAS

Ampang - 26/7/2018

Sindiket judi bertopengkan pusat hiburan keluarga.

Malah beroperasi secara terbuka di sebuah pasaraya di Ampang.

Keligatan sindiket itu akhirnya berjaya ditumpaskan selepas pasukan polis D7 IPK Selangor menggempur premis terbabit.


Serbuan jam 8.45 malam itu berjaya memberkas 10 tahi judi dan 11 pekerja warga tempatan.

Ketika diserbu... Pemain seusia 30 hingga 70 tahun itu gagal meloloskan diri kerana leka dengan pertaruhan.


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Selangor ACP Mohammad Abdul Hamid... Sindiket menjalankan nilai pertaruhan yang besar dengan pertukaran token sekecil rm50 ringgit hingga 1 ribu ringgit.

12 mesin simulator dan 41 mesin slot dirampas.

Turut ditemui wang tunai 30 ribu ringgit hasil pertaruhan serta token.


Polis percayap premis ini sudah lama beroperasi.

Premis ini juga didapati memiliki lesen pusat hiburan keluarga namun menyalah gunakan lesen.


Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Wednesday 25 July 2018

OPS COIN BEKUKAN 72 AKAUN PELBAGAI BANK

Putrajaya - 25/7/2018

72 akaun pelbagai bank bernilai hampir 5.9 juta ringgit yang melibatkan sebuah syarikat yang dikatakan menjalankan skim piramid, Monspace Group dibekukan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata.


Tindakan tu diambil selepas satu operasi serbuan dinamakan Ops Coin dijalankan terhadap sebuah premis di Ipoh, Perak serta 15 premis di sekitar Lembah Kelang.

Serbuan serentak itu dilalukan bersama beberapa agensi lain termasuk polis, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara NRRET dan Bank Negara Malaysia.

Ia dilakukan di empat premis perniagaan, lapan premis kediaman dan tiga pusat server Monspace Group.



Nilai rampasan barang termasuk komputer dan pelbagai produk syarikat berjumlah lebih 980 ribu ringgit.

Pelbagai wang tunai asing turut disita berjumlah lebih 93 ribu ringgit.


Sebanyak 26 buah kenderaan dengan nilai 6.2 juta juga telah dibekukan daripada transaksi pindah hak milik.

Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan.


Datuk Mohd Roslan berkata pengasas Monspace Group, memberikan kerjasama baik dalam siasatan berkenaan dan tiada keperluan untuk menahannya buat masa ini.

SERAH DIRI ATAU DITAHAN

Kuala Lumpur - 24/7/2018

“SERAH diri kepada Jabatan Imigresen atau anda akan ditahan sebelum 30 Ogos nanti."

Itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali kepada majikan dan pekerja mereka yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih belum menyerah diri melalui Program 3+1.

"Majikan dan PATI diberi masa hingga 30 Ogos ini untuk menyerah diri. Jika mereka menyerah diri selepas tarikh berkenaan, mereka akan ditahan.


"Tindakan ini diambil selaras dengan tarikh yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya pada sidang media selepas Operasi Mega 3.0 di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini.

Program 3+1 adalah program serah diri secara sukarela bagi membolehkan semua pekerja asing di negara ini yang tidak memiliki dokumen di bawah ‘Program Rehiring’ untuk dihantar semula ke negara asal secara sukarela.


Program berkenaan sudah tamat pada 30 Jun lalu.

"Datang kepada kami (JIM) dengan dokumen berkaitan, kami akan mengendalikan dengan baik dan melengkapkan aplikasi itu secepat mungkin untuk memudahkan bukan menyusahkan," katanya.

Beliau berkata, majikan dan PATI hanya perlu membayar penalti RM400 dan tidak akan didakwa sekiranya menyerah diri sebelum 30 Ogos nanti.


Sebelum itu, seramai 139 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dalam Operasi Mega 3.0 yang dijalankan di premis sekitar Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

"Seramai 385 warga asing berusia 20 hingga 60 tahun diperiksa dalam operasi itu. Daripada jumlah itu, 139 PATI ditahan.

"Kebanyakan mereka yang ditahan melakukan kesalahan salah guna dokumen perjalanan. Contohnya, kami mengenal pasti individu yang memegang dokumen sebagai pembantu rumah tetapi bekerja sebagai jurujual," katanya.

Katanya, sebahagian daripada majikan memberi alasan sukar untuk mendapatkan dokumen bagi pekerja asing dan meminta JIM menghentikan Operasi Mega.

"Ia tidak sukar, tetapi ada kos yang perlu majikan tanggung, mungkin itu adalah satu daripada sebab mereka masih berdegil dan mengambil PATI sebagai pekerja.

"Kami tidak akan menghentikan Operasi Mega. Saya mengaku memang kita perlukan pekerja asing dalam sektor tertentu, tetapi kemasukan mereka haruslah secara betul," katanya.

Mustafar berkata, JIM sudah melakukan sebanyak 8,217 operasi sejak 1 Januari lalu hingga semalam bagi membanteras kemasukan PATI.

"Seramai 100,710 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, 24,463 PATI serta 635 majikan ditahan.

"Sehingga kini, seramai 26,000 PATI sudah diusir pulang ke negara asal masing-masing," katanya.

Sunday 22 July 2018

LEBIH 100 INDIVIDU DITAHAN

SERDANG - 22/7/2018

Seramai 109 pemain mesin judi atas talian serta 42 penjaga premis ditahan dalam serbuan ke atas 15 premis di sekitar Serdang, malam tadi.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, dan Polis Daerah Serdang.


Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata serbuan dilakukan hasil risikan dan pemantauan berdasarkan maklumat orang awam sejak seminggu lalu.


"Hasil siasatan awal mendapati sebahagian premis yang diserbu tidak memiliki sebarang lesen dan  beroperasi secara haram manakala sebahagian lagi berselindung di sebalik lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


"Malah, ada antara premis ini didapati membuka bilik rahsia untuk aktiviti perjudian di dalam premis Pusat Sukan Snooker," katanya selepas menyertai operasi berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga mengesan taktik sindiket perjudian yang kini mengupah lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia sebagai penjaga premis berbanding rakyat tempatan.


"Ini adalah bagi membolehkan pekerja yang menjaga premis tidak mengenali siapa pemilik atau ketua sindiket sesebuah premis judi atas talian dan mereka hanya mengenali penyelia mereka sahaja.

"Tindakan ini sedikit sebanyak melambatkan atau menjejaskan tindakan susulan polis dalam mengenalpasti dalang sebenar sindiket judi," katanya.



Dalam operasi sama seramai 109 pemain ditahan termasuk 42 warga asing serta 42 penjaga termasuk 28 warga asing.

Turut dirampas dalam operasi sama adalah 276 komputer riba yang diaktifkan bagi tujuan judi atas talian serta 36 mesin simulator.


Selain itu, pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM12,936.

Saturday 21 July 2018

6 LELAKI NYARIS MAUT

Bukit Beruntung - 21/7/2018

6 lelaki yang sedang menunggu bantuan trak tunda di tepi lebuhraya nyaris maut apabila tiba tiba dirempuh sebuah kereta myvi.

Akibatnya...  Seorang pemuda cedera parah selepas tersepit di tempat duduk  bahagian pemandu.


Nahas itu berlaku di kilometer 425.4 lebuhraya PLUS arah Bukit Beruntung awal pagi tadi.

Mangsa berusia 21 tahun  menaiki kereta jenis myvi yang berada di laluan tengah kemudian hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang berhenti di lorong kecemasan.


Sebuah jentera dari balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.


Difahamkan.. Ketika kejadian... 4 lelaki berada di dalam Pacuan 4 roda itu mengiring sebuah lori 3 tan yang dinaiki 2 pekerjanya.

Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Leong Wei Kang dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Friday 20 July 2018

ADUN BALAKONG MAUT

Cheras - 20/7/2018

Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 11 perpuluhan 7, Lebuh Raya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Tien Chee yang memandu bersendirian kenderaan Nissan X-trail maut di tempat kejadian.

Difahamkan, lori yang terlibat dalam kemalangan itu milik syarikat Grand Saga.


Turut terlibat dalam kejadian ialah kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang kereta mangsa kerana tidak sempat mengelak.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Thursday 19 July 2018

17 INDIVIDU DIBERKAS DALAM OPS CEGAH JENAYAH

Petaling Jaya - 19/7/2018

17 Individu dan 6 penagih dadah ditangkap dalam Ops Cegah Jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya malam tadi.


Operasi dilakukan polis bahagian jenayah IPD Petaling Jaya bersama IPK Selangor itu menumpukan beberapa lokasi panas yang dipercayai menjadi laluan dan port penjenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Acp Mohd Zani Che Din berkata... pemeriksaan dilakukan di pusat hiburan, pusat urut... sekatan jalan raya dan premis perjudian.

Hasil operasi bermula jam 8 malam itu... 5 lelaki ditangkap atas kesalahan jenayah seperti samun dan ugutan.. 2 wanita kesalahan akta rumah judi terbuka dan 8 wanita warga asing dipercayai menjadi gro ditahan dibawah imigresen bersama penjaga serta selebihnya juga dibawah kesalahan imigresen.

Dalam sekatan jalan raya juga... polis mengeluarkan 85 saman trafik atas pelbagai kesalahan dari lebih 200 kenderaan diperiksa.


Polis bahagian narkotik juga menjalankan ujian saringan air kencing ke atas tangkapan.

Hasilnya 6 individu positif dadah jenis ganja, syabu dan heroin.


Kesemua dadah itu juga dirampas dipercayai untuk kegunaan sendiri.

Operasi berakhir jam 6 pagi tadi.

Tuesday 17 July 2018

POLIS KENALPASTI MAYAT YANG DIKERAT ENAM

Kuala Lumpur - 17/7/2018

Polis hari ini mengesahkan telah mengenal pasti identiti mayat wanita yang dikerat enam yang ditemui dalam dua beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, Kuala Lumpur 5 Julai lalu .

Mangsa adalah warganegara Bangladesh berusia 29 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis kini giat mengesan suami mangsa dikenali sebagai Md. Shahzada Saju, 37 tahun bagi membantu siasatan.


Polis percayai suspek kini berada di Johor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan Muniandy atau Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Faizal bdullah.

Mayat ditemui dalam keadaan mengerikan berikutan dikerat kepada beberapa bahagian sebelum anggota badannya dimasukkan dalam dua bagasi berasingan dan diletakkan di tebing Sungai Gombak di Jalan Ipoh..

Dia dipercayai sudah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dilakukan.

SINDIKET CURI KERETA DIBERKAS BERSAMA 20 BUAH HILUX

Kuala Lumpur - 17/7/2018

5 Individu yang ligat dalam sindiket curi kereta akhirnya diberkas bersama 20 buah toyota hilux dan sebuah mini austin morris bernilai 1 perpuluhan 2 juta ringgit.

Kesemua rampasan ini ditemui dalam serbuan di sebuah premis penyimpanan kereta terpakai di Bandar Kinrara ibu negara pada khamis lepas.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata..
Semakan melalui JPJ ke atas kenderaan terbabit mendapati 6 buah kenderaan pacuan 4 roda itu tiada rekod dalam sistem.

11 buah lagi didapati nombor enjin diganggu.


Manakala selebihnya dilaporkan dicuri di Machang, Batu 9 Cheras, Damansara dan Sri Petaling.

 Hasil serbuan itu.. Polis turut merampas 21 gugus kunci dan 4 buah telefon bimbit.


Kesemua tangkapan berusia 41 hingga 63 tahun memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.


Antaranya kes dadah, curi kenderaan dan seorang darinya pernah ditahan di bawah perintah sekatan Akta Pencegahan Jenayah POCA.

Suspek masih direman dan disiasat di bawah seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan seksyen 413 Kanun Keseksaan.

"GENG OPPO" TUMPAS

Subang Jaya - 17/7/2018

'Geng Oppo' yang aktif samun kedai telefon bimbit di sekitar Subang Jaya tumpas selepas diberkas polis dalam 3 serbuan di Puchong pada khamis lepas.

Kumpulan yang didalangi sepasang suami isteri dan 2 lagi rakan sejenayah itu ditangkap susulan kejadian samun kedai telekomunikasi dekat Puchong Prima pada 25 mac yang menyebabkan kerugian lebih 19 ribu ringgit.


Dalam kejadian samun itu... Dua lelaki bertindak  menggunakan senjata api dan pisau.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata.. Serbuan pertama dilakukan di sebuah flat di Kinrara dan berjaya menangkap pasangan suami isteri berkenaan berusia 29 dan 37 tahun.


Soal siasat mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian samun bersama rakannya yang lain.

Manakala isterinya ditahan kerana memiliki barang samun.

Ekoran itu.. Seorang lagi suspek berusia 36 tahun ditahan bersama sebilah pisau dan sebuah motosikal di Puchong Indah.

Bertindak atas maklumat.. Polis menyerbu sebuah lagi rumah dikawasan sama... Namun suspek yang terlibat tiada.

Rakan serumah suspek ditangkap kerana dikehendaki kes narkotik.


Polis kini memburu rakan sejenayah kumpulan itu dikenali sebagai Mohammad Mat Yusuf atau Mat berusia 27 tahun bagi membantu siasatan.

Monday 16 July 2018

SEORANG MAUT KERETA TERBABAS

Rawang - 16/7/2018

Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan menjunam ke dalam tebing di kilometer 18 perpuluhan 5 lebuhraya Latar pagi tadi.

Kira kira dua buah jentera Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.


Difahamkan.. Insiden terbabit berlaku awal pagi tadi.

Namun hanya disedari petugas Latar kira kira jam 7.30 pagi apabila terlihat kerosakan pada pembahagi jalan.

Lebih 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Selayang berjaya mengeluarkan mangsa kira kira 30 minit.


Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.


Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini boleh tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.

LEBIH 3.5 JUTA PERTARUHAN JUDI ONLINE BOLA SEPAK PIALA DUNIA

SUBANG JAYA - 16/7/2018

Sindiket judi online bola sepak Piala Dunia membabitkan pertaruhan lebih 3.5 juta ringgit dengan menggunakan laman web serta laman sosial Facebook dan aplikasi we chat tumpas.

Ia hasil serbuan dilakukan bahagian perjudian, maksiat dan kongsi gelap D7 IPK Selangor dan Bukit Aman di sebuah premis di Subang Jaya malam tadi.


Pegawai Turus D7 Selangor DSP Khaizam Ahmad Shahabudin berkata sindiket itu didapati sudah beroperasi sejak 3 bulan lepas di laman web www.kira88.com, facebook dan wechat.


Hanya ahli yang mendaftar di laman sosial Facebook mereka sahaja dibenarkan membuat pertaruhan.

Setakat ini lebih 1500 individu didapati menjadi ahli sindiket pertaruhanan online itu.

Dalam serbuan dilakukan jam 11.30 malam tadi, dalang sindiket itu yang baru berusia 21 tahun dicekup.

Pelbagai peralatan untuk kegiatan menguruskan pertaruhan dirampas.


Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.