Saturday 14 July 2018

4 INDIVIDU DIBERKAS JSPT KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur - 14/7/2018

Lebih 100 penunggang motosikal dikejutkan dengan ops samseng jalanan dekat Jalab Raja Laut dan Dataran Merdeka ibu negara awal pagi tadi.


Hasil tindakan pantas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengepung laluan itu....
Sebanyak 375 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.


Operasi dijalankan bermula pada jam 1pagi turut memberkas 4 individu yang melakukan kesalahan utama...

Antaranya 2 lelaki menunggang secara merbahaya, seorang ditahan kerana mempamerkan nombor kenderaan palsu dan seorang lagi positif dadah.

Ada antara mereka sudah berkali kali ditahan dan reaksinya seakan tidak serik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata lebih 400 kenderaan diperiksa... Dan 23 buah kereta serta 24 buah motosikal ditahan.


Operasi berkenaan akan berjalan secara berterusan seiring dengan sasaran Kontinjen Kuala Lumpur iaitu tiada hari tanpa operasi.

JSPT Kuala Lumpur turut menumpukan tiga perkara utama iaitu menguatkuasakan undang-undang jalan raya, mencegah dan mengesan jenayah curi kenderaan dan memastikan pengguna jalan raya bebas daripada pengaruh dadah.

Operasi membabitkan 6 pegawai dan 80 anggota berakhir jam 6 pagi.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke ipd dang wangi untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment