Wednesday 25 October 2017

TEMBAK DIRI SENDIRI

SHAH ALAM - 24/10/2017

Seorang pemuda ditemui mati dalam bilik utama sebuah banglo di Shah Alam, Selangor lewat petang semalam.

Mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dengan kesan tembakan di dahi.

Turut ditemui bersebelahan lelaki itu adalah selaras senapang patah.

Kejadian itu disedari pembantu rumah di banglo berkenaan .

Ketika kejadian ahli keluarga pemuda itu termasuk bapanya tiada di rumah.



Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Saffien Mamat berkata polis masih menjalankan siasatan sama ada senapang patah yang ditemui itu adalah milik bapa lelaki berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat.

RAMPAS TUDUNG TIRUAN RM500,000

KUALA LUMPUR - 24/10/2017

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Putrajaya menyerbu dua premis menjual tudung tiruan petang tadi.

Serbuan yang turut disertai wakil daripada syarikat pemilik cap dagang produk berkenaan dilakukan di Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur .

Dalam serbuan berkenaan pelbagai jenis tudung dan selendang tiruan menggunakan jenama popular berkenaan yang bernilai setengah juta ringgit dirampas.



Siasatan mendapati premis itu menjual tudung terbabit dengan harga murah berbanding harga pasaran sebenar bagi menarik pelanggan.

Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 .

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 15 ribu ringgit bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

543 MOTOSIKAL DIPERIKSA

PETALING JAYA - 23/10/2017

Kesalahan tiada lesen memandu dikesan paling banyak dilakukan penunggang motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Pantai Baru NPE malam tadi.

Daripada  224 notis oleh dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ ...233 adalah kesalahan tiada lesen memandu.

80 lagi kesalahan pula ialah cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Selain itu, pemeriksaan turut menemui 22 kesalahan teknikal seperti tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, ubah suai ekzos dilakukan penunggang motosikal.



Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, pada operasi bermula jam 8 malam sebanyak 543 motosikal diperiksa dengan 167 daripadanya dikenakan tindakan.

Menurutnya pengguna memberi alasan yang sama iaitu tidak ada masa atau tidak cukup wang untuk mengambil lesen.

Dalam operasi yang turut sertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK seramai 10 penunggang motosikal menjalani ujian saringan air kencing dan lima daripada mereka didapati positif dadah.

Sebanyak 23 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan oleh polis trafik yang turut sama dalam operasi khas malam ini.

29 motosikal juga  disita dan  dibawa ke Ibu Pejabat JPJ di Shah Alam untuk tindakan seterusnya.

Tuesday 24 October 2017

POLIS KL RAMPAS DADAH

KUALA LUMPUR - 23/10/2017

Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dan merampas seribu pil ectasy dan wang tunai 147 ribu ringgit.

Ia hasil serbuan berasingan di Jalan Kuching dan Jalan Kuchai Lama, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul.

Dalam serbuan pertama itu, dua lelaki berusia 58 dan 46 tahun ditahan di sebuah kafe di Jalan Kuching.

Hasil pemeriksaan polis menemui tiga peket plastik mengandungi pil ectasy dan wang tunai seribu ringgit.

Susulan tangkapan dua individu berkenaan, suspek kemudian membawa polis ke sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada hari sama.

Pemeriksaan di kondominium berkenaan berjaya menahan dua individu termasuk termasuk seorang wanita berusia 41 dan 50 tahun.

Pemeriksaan di kediaman itu turut menemui wang tunai berjumlah 147 ribu ringgit dipercayai hasil dari kegiatan haram berkenaan.




Semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

LAGI KES KEBAKARAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ BERLAKU

SHAH ALAM - 22/10/2017 

Lagi kes kebakaran asrama maahad tahfiz berlaku.

Kali ini kejadian berlaku di sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Bukit Lanchong Shah Alam, Selangor.

Kebakaran berlaku kira kira jam 8 .20 malam.
Jurucakap Bomba Selangor memaklumkan Balai Bomba Shah Alam menerima panggilan kecemasan kira kira jam  8.28 malam...

Sepasukan 14 anggota bersama 2 jentera kemudian bergegas ke lokasi .

Sebaik tiba api sedang marak di sebuah bilik ditingkat 2 blok asrama maahad tahfiz berkenaan.
Bagaimanapun ketika kejadian tiada penghuni di bilik berkenaan.



Api dapat dikawal beberapa minit kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sunday 22 October 2017

CALON SPM ANTARA 13 DICEKUP

SERDANG - 22/10/2017

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini antara 13 dicekup dalam Ops Cegah Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata remaja perempuan itu bersama 12 mat rempit yang lain sedang leka berlumba ketika unit risikan polis membuat rondaan.

Saringan ujian air kencing mendapati dua daripada 13 yang dtahan itu positif mengambil dadah.

Superintendan Mustafa Bakri berkata sepanjang operasi selama 6 jam bermula 12 tengah malam tadi di susur masuk Plaza Tol UPM sebanyak 300 kenderaan yang kebanyakan pemilik motosikal  diperiksa.



Daripada jumlah itu sebanyak 247 saman bagi pelbagai kesalahan dikeluarkan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan melakukan pengubahsuaian.

Dalam operasi ini ada juga penunggang motosikal bertindak melawan arus untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila kawasan operasi telah dikepung anggota JSPT terutama membabitkan unit risikan

Turut membantu..  21 pegawai dan anggota penguatkuasa AADK, JPJ dan PLUS.

Kesemua tangkapan termasuk motosikal yang disita dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Saturday 21 October 2017

TAYAR PECAH DAN BREK PUTUS

GOMBAK - 21/10/2017

Gara-gara tayar pecah dan brek putus... seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan berat muatan barangan binaan yang dipandunya terbabas dan terbakar.

Insiden berlaku di kilometer 51 perpuluhan 7 lebuhraya Plus arah timur gombak ke bentong jam 1 pagi tadi.

Ketika kejadian... difahamkan salah satu tayar treler bahagian tengah meletup.

Tindakan berani pemandu terbabit untuk mengelak pengguna lain terlibat dalam kemalangan.. mangsa cuba memandu di laluan paling perlahan.



Akibatnya berlaku pergeseran dan dipercayai punca kebakaran berlaku.

Mangsa segera menghubungi pihak bomba.

Sebuah jentera dari balai bomba dan penuelamat bentong tiba kira-kira jam 1.30 pagi.

Dan api berjaya dipadamkan .. 30 minit kemudian.

Kenderaan terbabit musnah keseluruhannya.

Punca dan anggaran sebenar kerugian masih disiasat.

JUMPA TENGKORAK

BUKIT BERUNTUNG - 20/10/2017

Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila menemui tengkorak manusia di kawasan semak belakang sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa,  Rawang.

Dipercayai pekerja sedang membuat pembersihan tapak pembinaan  tempat letak kereta dekat kawasan perindustrian jalan Kemunting 2 Bukit Beruntung kira kira jam 6 petang tadi.

Panik dengan penemuan Tengkorak , lelaki dan rakan sekerjanya menghubungi penyelia dan polis berhampiran.

Difahamkan, mereka sedang menggali tanah sebelum menemui tengkorak terbabit.

Susulan laporan diterima, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.



Hasil pemeriksaan... Pihak forensik tidak menemui sebarang pakaian dan rangka badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Lim Bak Phai mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Tengkorak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis.

3 CEDERA, KENDERAAN MASUK GAUNG

RAWANG - 20/10/2017

Di Rawang, Selangor, dua pemandu kereta dan seorang pemandu lori cedera parah apabila kenderaan dipandu mereka terbabas dan memasuki gaung.

Kejadian berlaku di kilometer 417.8 Lebuhraya PLUS arah utara kira kira jam 3 petang.



Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona dipandu mangsa pertama terbabas dan melanggar perodua MYVI dipandu seorang pelajar IPTA hingga terbalik.

Kereta Persona itu kemudian melanggar sisi sebuah lori treler dan menyebabkan kedua dua kenderaan berkenaan terbabas dan memasuki gaung di kiri lebuhraya.

Pemandu MYVi yang terbalik serta pemandu treler mengalami kecederaan parah .

Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kemalangan menyebabkan kesesakan di kedua dua laluan.

Thursday 19 October 2017

10 DULANG BARANG KEMAS DILARIKAN

KAJANG - 18/10/2017

4 Lelaki dipercayai merompak sebuah kedai emas yang berada dalam Tesco Kajang .

Dalam kejadian kira kira jam 8.05 malam itu suspek yang bersenjatakan pistol dan penukul melarikan 10 dulang barang kemas dianggarkan bernilai setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata siasatan awal polis mendapati...ketika kejadian terdapat seorang pekerja berumur 43 tahun berada di meja pameran.

Seorang daripada suspek telah menghentak di bahagian kepala mangsa dengan objek senjata yang dipercayai pistol manakala saspek yang lain bersenjatakan tukul besi.




Mangsa telah mengalami kecederaan luka di kepala.

Saspek kemudian mengambil  10 dulang emas dan melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Waja.

Kedai emas ini telah beroperasi sejak tahun 2014 dan ini merupakan kali pertama disamun.

Kes disiasat dibawah Seksyen 394 kanun keseksaan.

Gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan.

Saturday 7 October 2017

"BAPAK AYAM DIBERKAS"

PETALING JAYA - 06/10/2017


Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berjaya menahan 25 wanita warga asing dipercayai GRO di dua pusat hiburan di Damansara Perdana malam tadi.

Kekuatan seorang pegawai dan 16 anggota IPD Petaling Jaya berjaya memberkas 2 penjaga disyaki bapa ayam dan seorang pekerja.

Ketika serbuan ada GRO asing ini cuba menyorok di belakang langsir.. Namun berjaya dikesan pihak polis.



Operasi bermula jam 9.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak polis.

Kedua-dua premis terbabit didapati memiliki lesen sah.. Namun menggajikan pekerja asing tanpa permit sah.

Semakan juga mendapati wanita warga Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia hanya menggunakan pas lawatan sosial.

Kesemua tangakapan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.