Thursday 30 November 2017

KPDNKK RAMPAS ARAK TIRUAN BERNILAI RM500,000

KAJANG - 29/11/2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Selangor merampas 1,142 botol arak tiruan .

Ia hasil serbuan di sebuah rumah di Kajang, Selangor siang tadi.

Dalam serbuan itu, pelbagai barang untuk memproses arak tiruan termasuk label dan botol dirampas.

Ketua Unit Harta Interlek KPDN Selangor, Azizul Rahman Sapahim berkata, rampasan itu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah lebih 500 ribu ringgit.




Semua arak tiruan itu dipercayai dipasarkan di kelab-kelab malam di sekitar utara dan timur semenanjung Malaysia .

Semua arak tiruan itu dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Perihal Dagangan 2011.

Saturday 25 November 2017

34 PELAYAN PELANGGAN DITAHAN

PUCHONG - 25/11/2017

Leka berhibur ditemani wanita warga Vietnam, terhenti apabila diserbu polis.

Serbuan di pusat hiburan di Puchong seawal jam 10.30 malam tadi.. Hasil risikan dan maklumat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Polis Kontinjen Selangor, dibantu Polis Daerah Serdang.

Hasil intipan yang dijalankan sejak seminggu lalu itu, premis berkenaan sentiasa dipenuhi wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan semasa di meja minuman selain perkhidmatan seks di hotel berhampiran.

Semasa serbuan dibuat, sebahagian daripada lebih 125 pelanggan cuba melarikan diri akibat panik dengan serbuan oleh pihak polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera akibat rempuhan.

Namun keadaan dapat dikawal hasil kecekapan pihak polis.

Hasil pemeriksaan, seramai 34 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Thailand, dipercayai pelayan premis hiburan berkenaan dapat ditahan.



Empat dari mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sosial manakala selebihnya dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Berdasarkan maklumat, premis sama sering diserbu pihak berkuasa namun akibat kebocoran maklumat, wanita warga asing gagal diberkas selepas mereka sempat melarikan diri.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

Saturday 18 November 2017

1.2 JUTA DIROMPAK

SHAH ALAM  - 17/11/2017


Sebuah kedai emas kerugian 1.2 juta ringgit selepas disamun 4 lelaki bersenjata api malam tadi.

Kejadian berlaku di sebuah kedai emas dalam Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Insiden jam 7.30 malam itu turut disaksikan 4 pekerja dan orang awam.

Menurut timbalan ketua jabatan siasatan jenayah selangor ACP R. Supramaniam berkata..   3 lelaki lengkap memakai topi keledar penuh.. Bersarung tangan dan berbaju hitam meluru masuk ke premis terbabit.

Salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan di siling.

Dan suspek lain memecahkan cermin pameran menggunakan tukul.

Beberapa dulang emas sempat dilarikan dalam masa 5 hingga 7 minit. Terdapat seorang lagi suspek yang menunggu di luar premis.

Hasil pemeriksaan mendapati..  Premis berkenaan lengkap dengan kamera litar tertutup cctv.

Ketika kejadian... Terdapat pengawal keselamatan di luar premis berkenaan.

Hasil Rakaman cctv mendapati suspek menggunakan sepucuk Pistol jenis revolver.

Dan melarikan diri menggunakan 3 buah motosikal jenis lc dan 125 z.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Kes disiasat mengikut seksyen 3 akta senjata api penalti lebih berat 1971 dan seksyen 395/397 kanun keseksaan.

Wednesday 15 November 2017

BUKIT BINTANG DIGEMPUR

BUKIT BINTANG - 14/11/2017

Ekoran lambakan warga asing yang semakin menjadi-jadi memonopoli lubuk emas...

Dua kawasan tumpuan pelancong di ibu negara digempur pada petang selasa.

Operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama beberapa agensi penguatkuasa berjaya memeriksa 915 warga asing pelbagai bangsa.

Operasi di Jalan Alur dan Jalan Changkat Bukit Bintang itu turut disertasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia,  Jabatan Pendaftaran Negara, dan Pasukan Gerakan am.

Menurut Ketua Pengarah JIM Datuk Mustafar Ali berkata...  Hasil pemeriksaan 440 pati ditangkap atas pelbagai kesalahan.

Termasuk 4 bayi dan kanak-kanak.



Hasil pemerhatian mendapati ada majikan yang masih menggajikan pati. Ada juga orang tempatan menyewakan premis kepada warga asing.

Semakan 389 daripadanya lelaki.

Manakala 47 wanita yang didapati kebanyakkan mereka bekerja di pusat urut.


Jelasnya...  Operasi ini akan diteruskan bagi menjadikan kawasan tumpuan pelancong ini mencerminkan imej Malaysia..  Bukan sebaliknya.

Saturday 11 November 2017

IBU MENGANDUNG MAUT DIGILIS LORI

RAWANG - 09/11/2017

Seorang jururawat yang sedang hamil 3 bulan maut selepas terbabit dalam kemalangan.

Kejadian berlaku di Jalan Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor kita kira jam 6.30 petang pada khamis, ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave melanggar sebuah lori pasir yang membuat pusingan U dikawasan tidak dibenarkan.

Mangsa yang gagal mengelak terus merempuh lori berkenaan .



Mangsa yang dikenali sebagai NoorAzlia Idris 26 tahun maut ditempat kejadian akibat kecedeaan parah di kepala dan badan.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wednesday 8 November 2017

PLAZA PERABOT TERBAKAR

WANGSA MAJU - 07/11/2017

Sebuah plaza perabot tiga tingkat musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, pada isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah malam.

Sepasukan 65 anggota dan lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Jalan Hang Tuah, Setapak dan Keramat bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 12 minit kemudian.

Penguasa Kanan Bomba ii, Noor Shaifful Nizam Sulaiman, berkata ketika tiba di lokasi, api sedang marak menjilat kedai yang dipenuhi perabot.


“Setakat laporan awal yang kita terima, tiada orang berada di dalam kedai terbabit ketika kebakaran bermula.

"Bagaimanapun, kita akan memeriksa kawasan kebakaran bagi memastikan tiada mangsa yang terlibat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat dan sehingga jam 1.55 pagi api masih belum dikawal sepenuhnya.

PENJENAYAH DIBELASAH

SETAPAK - 06/11/2017

Bukan sahaja tidak dapat menikmati hasil jenayah samun dilakukan.

Malah seorang penenayah dibelasah sebelum ditangkap oleh orang awam selepas suspek bersama rakannya melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Jalan Semarak Api 3, Kuala Lumpur malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira  jam 9 malam ketika tidak ada pelanggan lain di dalam kedai terbabit.

Enggan menyerahkan hasil perniagaan, berlaku pergelutan antara dua penjenayah itu dengan pekerja kedai berkenaan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Suspek dipercayai menggunakan tukul dan parang dan mengambil beberapa barangan berharga seperti rokok, kad tambah nilai prabayar dan sejumlah wang tunai.

Suspek didapati datang dengan menaiki  motosikal jenis yamaha LC.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu, kemudian bergegas cuba menangkap suspek.

Seorang dari suspek berjaya ditangkap orang ramai kira kira 100 meter dari tempat kejadian.

Suspek berumur lingkungan 20an. Seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Turut ditemui bersama suspek tukul yang digunakan semasa melakukan jenayah dan barang barang hasil samun.

Seorang pekerja cedera di tangan kanan dipercayai akibat berlaku pergelutan

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup cctv premis dan bangunan berhampiran bagi mengesan kenderaan penjenayah.

Sunday 5 November 2017

BAS TERBALIK 26 NYARIS MAUT

SERENDAH - 05/11/2017

Kira kira 24 penumpang sebuah bas eskpres berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Daripada 26 mangsa termasuk pemandu bas berkenaan, 20 penumpang cedera dengan 4 daripada mereka mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di zon merah hospital.

Kemalangan berlaku di kilometer 434.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke ibu negara berdekatan Kuala Kubu Bharu, Selangor kira kira jam 4.50 pagi tadi.

Ketua polis daerah hulu selangor supritenden lim bak phai berkata pihaknya menerima panggilan kira kira jam 4.52 pagi dan mengerahkan sepasukan 21 anggota dari balai kuala kubu baru dan rawang ke lokasi kejadian.



Ketika sampai bas berkenaan didapati berada dalam keadaan terbalik dan ada beberapa penumpang tersepit.



Anggota bomba dan penyelamat dari kuala kubu kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk 4 yang parah untuk dikejarkan ke hospital  bagi menerima rawatan.

Pemandu yang cedera ringgan juga telah diarah menjalani ujian air kencing.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan.

Polis menasihatkan pengguna jalanraya lebih berhati hati memandu ketika cuaca yang lembab dan hujan kerana jalan licin.