Saturday 25 November 2017

34 PELAYAN PELANGGAN DITAHAN

PUCHONG - 25/11/2017

Leka berhibur ditemani wanita warga Vietnam, terhenti apabila diserbu polis.

Serbuan di pusat hiburan di Puchong seawal jam 10.30 malam tadi.. Hasil risikan dan maklumat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Polis Kontinjen Selangor, dibantu Polis Daerah Serdang.

Hasil intipan yang dijalankan sejak seminggu lalu itu, premis berkenaan sentiasa dipenuhi wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan semasa di meja minuman selain perkhidmatan seks di hotel berhampiran.

Semasa serbuan dibuat, sebahagian daripada lebih 125 pelanggan cuba melarikan diri akibat panik dengan serbuan oleh pihak polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera akibat rempuhan.

Namun keadaan dapat dikawal hasil kecekapan pihak polis.

Hasil pemeriksaan, seramai 34 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Thailand, dipercayai pelayan premis hiburan berkenaan dapat ditahan.



Empat dari mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sosial manakala selebihnya dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Berdasarkan maklumat, premis sama sering diserbu pihak berkuasa namun akibat kebocoran maklumat, wanita warga asing gagal diberkas selepas mereka sempat melarikan diri.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

No comments:

Post a Comment