Thursday 29 March 2018

DICEKUP KERANA MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI KANAN IMIGRESEN

Putrajaya - 29/3/2018

Kegiatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan Imigresen akhirnya terbongkar apabila dicekup tengah hari semalam.

Sepasukan pegawai dari  Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya menahan suspek di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Sunway, Selangor kira kira jam 12.15 tengah hari.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ketika ditahan suspek sedang menunggu pelanggan di dalam kereta dengan memakai uniform Jabatan Imigresen.

Lelaki berusia 45 tahun itu menyamar sebagai Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen.


Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan dinaiki suspek menemui 5 keping kad kuasa Imigresen dan 9 Salinan Pas Khas yang disyaki palsu.

Suspek kemudian membawa pasukan operasi ke kediamannya di Puchong dan menemui beberapa helai lagi uniform dan aksesori imigresen, pasport Indonesia, dokumen perjalanan warga asing dan Pas Jabatan Imigresen.


Modus operandi suspek adalah menyakinkan mangsa berurusan dengannya untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara  PLKS dengan bayaran 3 ribu hingga 4 ribu ringgit.

Suspek menjalankan kegiatan dengan mempromosikannya di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.


Kebanyakan mangsa adalah warga asing dan majikan yang ingin mendapatkan PLKS secara mudah dan hanya menyedari ditipu setelah ditangkap oleh imigresen.

Suspek didapati menjalankan kegiatan itu sejak 6 tahun lepas.




*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk*

SUAMI ISTERI ANTARA 97 DITAHAN POSITIF DADAH

Kuala Lumpur - 29/3/2018

Akibat ketagih dadah sepasang suami isteri sanggup membawa 4 orang anak mereka yang masih kecil ke hotel bajet untuk melepaskan gian.

Perbuatan pasangan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK menyerbu beberapa hotel bajet di sekitar ibu negara awal pagi tadi.


Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib berkata Ops Perdana ini dilakukan selama dua hari di beberapa lokasi tumpuan sekitar projek perumahan rakyat PPR, hotel bajet dan pusat hiburan.

Pasangan suami isteri itu antara yang ditahan kerana positif dadah.

Mereka juga didapati membawa 4 anak mereka seawal usia 4 tahun hingga 10 tahun ke hotel bajet untuk menghisap dadah.


Kebanyakan penagih dadah kini dikesan menjadikan hotel bajet untuk melepaskan gian kerana banyak kawasan atau “port” mereka sebelum ini sudah diserbu pihak berkuasa.

Sementara itu remaja perempuan berusia 19 tahun ini sudah beberapa kali ditahan kerana positif dadah.


Bagaimanapun dia masih berdolak dalih kononnya tidak mengetahui ada mengambil dadah.

Pelajar sebuah institut pengajian tinggi IPT ini juga antara dicekup kerana positif dadah.


Dia mengaku mengambil dadah jenis syabu.

Sepanjang dua hari operasi dijalankan AADK ini seramai 193 diarah menjalani ujian air kencing.

Daripada jumlah itu ,97 orang positif dadah.

84 adalah lelaki dan selebihnya wanita yang berusia seawal usia 13 tahun hingga lebih 51 tahun.



*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk*

Monday 26 March 2018

3 PREMIS MUSNAH TERBAKAR

Puchong - 25/3/2018

3 buah premis perniagaan musnah dalam satu kebakaran di Jalan Puchong Permai Taman Puchong Permai malam tadi.

Kejadian berlaku jam 7.20 petang itu turut mengejutkan penduduk setempat.

5 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat  subang puchong dan bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.


Sebaik tiba jam 7.38 malam...  Api marak bermula dari sebuah premis kitar semula merebak pantas ke bengkel kereta dan premis kereta terpakai.

Bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 9.30 malam.

Kawasan kedai 10 ribu kaki persegi itu hanya terbakar 60 peratus meliputi pejabat dan rumah kediaman pekerja.

Dua buah kereta antik yang terletak di bengkel kereta turut rosak teruk.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan anggaran kerugian dalam siasatan.

Thursday 22 March 2018

DUA PENYAMUN TUMPAS

Kuala Lumpur - 22/3/2018

Polis menumpaskan kegiatan dua pemuda yang aktif melakukan jenayah samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Kuala Lumpur.

Suspek berusia 20 dan 24 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan dilakukan polis di Bandar Seri Permaisuri Cheras dan Taman Tenaga Cheras dua hari lepas.


Soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam sekurang kurangnya 6 kes samun kedai serbaneka 24 jam.


Modus oeprandi mereka adalah bergerak secara berdua pada awal pagi dan membuat pemerhatian di premis yang sesuai sebelum melakukan samun.

Suspek juga akan mengugut mangsa menggunakan parang dengan meminta pekerja menyerahkan barang beharga.


Mereka akan melarikan diri menggunakan motosikal.

Suspek direman 6 hari bermula semalam.

*Subscribe youtube MKL Crimedesk*
https://youtu.be/rqALDW1eDNw

Tuesday 13 March 2018

TOKAN GANJA DICEKUP POLIS

Kuala Lumpur - 13/3/2018

Seoran lelaki yang juga tokan ganja dicekup selepas terkantoi ketika cuba menjual barang terlarang berkenaan.


Suspek itu ditangkap ketika menunggang sebuah motosikal di Kampung Baru pada khamis lepas.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata, hasil pemeriksaan badan menemui 55 paket plastik ganja yang sudah dipek dan 38 ketul mampat ganja kering kesemuanya seberat hampir 40 kilogram.


Polis percaya suspek menjual dan mengedar ganja berkenaan di kawasan setempat yang sarat dengan penduduk tempatan.

Hasil ujian saringan air kencing juga didapati positif ganja.

Suspek direman 7 hari dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 39 b akta dadah berbahaya 1952.

Monday 12 March 2018

3 WARGA NIGERIA DALANG SINDIKET PARCEL SCAM

Gombak - 12/3/2018

Tiga warga Nigeria, dua lelaki dan seorang wanita serta seorang wanita Filipina yang menjadi dalang.

Polis menumpaskan sindiket penipuan Parcel Scam dengan penangkapan tiga warga Nigeria dan seorang wanita Filipina.


Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan di Desa Aman Puri, Kepong, Gombak, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam susulan aduan dibuat seorang mangsa wanita yang ditipu pada Disember lalu.


Dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki Nigeria dan wanita Filipina .

Hasil soal siasat  membawa kepada serbuan kedua kira-kira pukul 1.30 pagi.


Polis juga terpaksa memotong jeriji pintu rumah kedua sebelum dapat menahan seorang lelaki dan wanita warga Nigeria berkenaan.

Hasil tangkapan, polis merampas beberapa buah komputer riba, telefon bimbit dan pendrive digunakan untuk kegiatan menipu mangsa.

Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 424 kanun.

Sunday 11 March 2018

TIADA LESEN MEMANDU KESALAHAN TERTINGGI

Shah Alam - 11/3/2018

Sebanyak 242 saman dikeluarkan polis pada Ops Bersepadu Samseng di Persiaran Sultan Shah Alam malam tadi.

Tiada lesen memandu masih mendominasi kesalahan tertinggi dengan 111 kesalahan, diikuti 43  kesalahan insurans kenderaan tamat tempoh.


Ini sekali gus membuktikan masih ada pengguna jalan raya yang tidak cekap dalam pengendalian kenderaan kerana kurang pengetahuan ilmu memandu atau menunggang.

Operasi dilakukan polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bermula jam 1 pagi berjaya memeriksa lebih 300 kenderaan.


Hasilnya, seorang lelaki diberkas bersama 3 bungkus air ketum.

Manakala seorang lagi ditangkap kerana memiliki rekod memandu secara melulu dan berbahaya.

Selain itu, pemeriksaan turut menemui 22 kesalahan lesen P atau L,  35 nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, 7 ubah suai ekzos dilakukan penunggang motosikal.


104 buah kenderaan disita termasuk sebuah kereta.

Operasi berakhir jam 4 pagi tadi.

Thursday 8 March 2018

DADAH DALAM BENTUK SERBUK MINUMAN

Ampang Jaya - 8/3/2018

Polis menumpaskan kegiatan tiga individu termasuk dua wanita yang memproses dadah jenis ekstasi dalam bentuk serbuk minuman.


Ia hasil serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang Selangor tiga hari lepas.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an yang juga ketua sindiket ditahan bersama dua pekerjanya iaitu wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata hasil pemeriksaan pihaknya menemui serbuk ekstasi seberat 5.1 kilogram, ketamin 21.4 gram dan dua ketulan mampat ganja.

Jumlah keseluruhan rampasan  berjumlah lebih 514 ribu ringgit.


Polis turut merampas peralatan memproses dadah antaranya alat pengisar elektrik, lesung batu dan plastik lutsinar.

Polis kini sedang mengenal pasti pasaran sindiket itu.

Hasil semakan polis mendapati penjualan serbuk minuman mengandungi dadah itu masih belum ditemukan di pusat-pusat hiburan di kawasan Ampang Jaya.


Suspek kini direman untuk siasatan mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

Monday 5 March 2018

POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI 6.2JUTA

Kajang - 5/3/2018

Polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah didalangi warga tempatan.

Ia hasil 7 serbuan dilakukan di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.


Dalam serbuan itu pihaknya merampas 132 kilogram dadah pelbagai jenis serta 2000 pil Erimin Five yang kesemuanya bernilai 6.2 juta ringgit.


Serbuan juga berjaya menahan 4 lelaki dan seorang wanita tempatan.


Wang tunai dan pelbagai kenderaan bernilai 634 ribu ringgit juga disita.

PBT PERLU KAJI SEMULA STRUKTUR POKOK

Kuala Lumpur - 5/3/2018

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menggesa pihak berkuasa tempatan mengkaji semula kekukuhan struktur pokok yang berada di kawasan ibu kota.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata..  Menurut perangkaan statistik menunjukkan peningkatan kes pokok tumbang di kawasan bandaraya iaitu sejumlah 70 kes dilaporkan.

Manakala tahun 2015 iaitu sejumlah 78 kes dan tahun ini 6 kes termasuk insiden yang berlaku di jalan Loke Yew pagi tadi.

Jelasnya kajian menyeluruh termasuk kedudukan dan struktur pokok serta cuaca yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya atau harta benda awam.

Ini kerana.. Pokok terdedah dari risiko tumbang dan panahan petir.

Justeru orang ramai juga dinasihati agar lebih berwaspada ketika berada berdekatan di kawasan pokok yang berisiko tumbang.

*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk*

SUAMI ISTERI NYARIS MAUT DIHEMPAP POKOK

Kuala Lumpur - 5/3/2018

Seorang penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cedera dihempap pokok.

Kejadian berlaku di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pagi tadi.

Pokok sebesar dua pemeluk itu tumbang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi sebelum menghempap dua mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Sebaik tiba anggota bomba mendapati dua mangsa cedera akibat kejadian berkenaan.


Selain itu, sebuah kereta juga dihempap namun, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis masih turut berada di lokasi kejadian .


Kejadian menyebabkan laluan kedua dua hala mengalami kesesakan teruk.

Sunday 4 March 2018

MAUT LANGGAR PEMBAHAGI JALAN

Kuala Lumpur - 4/4/2018

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas melanggar pembahagi jalan di kilometer 27 perpuluhan 5 lebuhraya utara selatan sebelum Plaza Tol Duta pagi tadi.


Insiden berlaku jam 10 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan ke ibu negara.


Mangsa berusia 30an menunggang sebuah motosikal itu dikatakan sedang menuruni bukit kemudian hilang kawalan lalu terseret sejauh 10 meter dan merempuh pembahagi jalan.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

KREN JATUH SEORANG MAUT

Kepong - 4/3/2018

Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera selepas peralatan  "Launcing Girder" di sebuah tapak pembinaan jatuh.

Kejadian berlaku di tapak binaan MRT di Jalan Kepong, Kuala Lumpur kira kira jam 11.40 malam tadi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ketika kejadian kira kira 20 pekerja berada di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Firdaus Abdul Multalib 41 tahun, warga tempatan dipercayai terjatuh dari ketinggian kira kira 13 meter.


Seorang lagi mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba selepas melakukan kerja kerja menyelamat hampir dua jam.

Mangsa ketiga tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Mohamed Adha Md Nazir berkata pasukannya bergegas ke lokasi untuk kerja kerja menyelamat selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Kebetulan lokasi kejadian berada berhampiran balai bomba Jinjang yang membolehkan pihaknya tiba dengan cepat.

Ketika kejadian kebanyakan pekerja warga tempatan dan warga asing itu berada di bahagian atas peralatan membina trek MRT berkenaan.

Mangsa yang cedera juga adalah warga tempatan.

Mangsa yang maut dan cedera di bawa ke Hospital Selayang.

Kawasan kejadian turut ditutup sementara bagi proses siasatan dilakukan pihak berkuasa.

Saturday 3 March 2018

GRO ASING JADI UMPAN LARISKAN PERNIAGAAN

Kepong - 3/3/2018

Lagi isu lambakan warga asing yang membawa ke kancah jenayah terus dibongkar.

Kali ini polis Bukit Aman serbu sebuah hotel mewah di Jalan Kepong yang ligat menggunakan khidmat GRO asing dalam kelab malamnya dipercayai dijadikan umpan melariskan perniagaan...


Hasil serbuan Ops Noda D7 Bukit Aman..
40 GRO asing termasuk seorang pondan ditangkap.

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa... Hasil semakan mendapati 37 daripadanya warga Thailand dan selebihnya warga Mnyanmar.


Mereka dipercayai direkrut beberapa agen pelacuran.

Operasi bersepadu bermula jam 12 malam itu turut disertai  Pasukan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme STAGG,  Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Sting dan Jabatan Integriti Pematuhan Standard.


72 pelanggan dan penjaga premis diperiksa.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

SINDIKET PERJUDIAN "BERMAIN WAYANG" DISEBALIK KEGIATAN SEBENAR

Ampang - 2/3/2018

Berselindung di sebalik lesen atau permit Pusat Hiburan Keluarga yang lazimnya untuk permainan kanak-kanak.

Itu taktik sindiket perjudian yang dikesan cuba menghidupkan kembali aktiviti mereka dengan ‘bermain wayang’ di sebalik operasi sebenar dijalankan.


Bagaimanapun, modus operandi itu terbongkar apabila Unit Pencegahan Perjudian (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyerbu sebuah premis di D Pandan Avenue, Taman Pandan Mesra, Ampang, malam tadi, yang menjalankan kegiatan perjudian mesin simulator meja serta simulator kotak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sudah menjalankan pemantauan dan risikan mengenai cubaan menghidupkan kembali aktiviti perjudian.

Dalam serbuan malam tadi itu pihak D7A Bukit Aman dibantu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang bertindak sebagai penjaga di premis berkenaan.

Lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, Vietnam serta Bangladesh dipercayai pemain mesin berkenaan turut ditahan.

Risikan mendapati pemilik premis didapati mempamerkan lesen PHK dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) namun sebaliknya mereka menjalankan kegiatan perjudian.


Rohaimi berkata, pihaknya turut mengenal pasti taktik sindiket berkenaan yang kini berusaha menjadikan kawasan komersial di Selangor khususnya untuk membuka semula premis mesin judi.

Tinjauan di premis itu mendapati, pemiliknya menampal poster menyatakan tiada wang tunai dibayar kepada pemenang mesin untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan polis.

Namun, hakikatnya berbeza apabila polis merampas sembilan cip tambah nilai serta 20 keping kad mata dan wang tunai RM454 dipercayai untuk pembayaran kepada pemenang mesin permainan itu.

Friday 2 March 2018

NYARIS MAUT LANGGAR BELAKANG PACUAN EMPAT RODA

Kuala Lumpur - 2/3/2018

Seorang pemuda cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di laluan kecemasan.


Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi tadi dekat kilometer 26.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Sungai Buloh.

Kejadian berlaku ketika pemilik pacuan empat roda berkenaan mahu menukar tayar yang pecah.


Mangsa yang tidak perasan lalu hilang kawalan dan merempuh bahagian kanan lampu belakang kenderaan terbabit.

Akibat kemalangan itu..  Mangsa cedera parah di bahagian kepala, badan dan muka serta patah kaki kiri.

Orang awam yang melalui jalan itu cuba menyelamatkan mangsa sebelum pihak ambulan tiba.


Mangsa dikenali sebagai Wan Arif Izzudin Arif fadzillah berusia 20 tahun di hantar ke Hospital Sungai Buloh.

*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk

LELAKI MAUT DITEMBAK DEPAN SEKOLAH

Serdang - 1/3/2018

Seorang lelaki berusia awal 40-an maut ditembak seorang daripada dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan sebuah sekolah rendah di Serdang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan dalam kejadian pada 5.45 petang, mangsa sedang menunggu anak lelakinya di sebuah hentian bas depan sekolah berkenaan.

Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal kemudian menghampiri mangsa dan seorang daripadanya telah melepaskan tembakan.

SAC Fadzil juga mengesahkan seorang mangsa lagi yang juga orang awam berusia awal 30-an cedera akibat terkena tembakan di belakang badan.


Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di hospital Serdang

Polis masih mengenalpasti suspek yang terlibat dengan kejadian itu termasuk merakam keterangan saksi serta mendapatkan rakaman cctv di lokasi kejadian.


Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan bagi kesalahan membunuh.