Thursday 29 March 2018

DICEKUP KERANA MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI KANAN IMIGRESEN

Putrajaya - 29/3/2018

Kegiatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan Imigresen akhirnya terbongkar apabila dicekup tengah hari semalam.

Sepasukan pegawai dari  Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya menahan suspek di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Sunway, Selangor kira kira jam 12.15 tengah hari.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ketika ditahan suspek sedang menunggu pelanggan di dalam kereta dengan memakai uniform Jabatan Imigresen.

Lelaki berusia 45 tahun itu menyamar sebagai Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen.


Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan dinaiki suspek menemui 5 keping kad kuasa Imigresen dan 9 Salinan Pas Khas yang disyaki palsu.

Suspek kemudian membawa pasukan operasi ke kediamannya di Puchong dan menemui beberapa helai lagi uniform dan aksesori imigresen, pasport Indonesia, dokumen perjalanan warga asing dan Pas Jabatan Imigresen.


Modus operandi suspek adalah menyakinkan mangsa berurusan dengannya untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara  PLKS dengan bayaran 3 ribu hingga 4 ribu ringgit.

Suspek menjalankan kegiatan dengan mempromosikannya di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.


Kebanyakan mangsa adalah warga asing dan majikan yang ingin mendapatkan PLKS secara mudah dan hanya menyedari ditipu setelah ditangkap oleh imigresen.

Suspek didapati menjalankan kegiatan itu sejak 6 tahun lepas.




*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk*

No comments:

Post a Comment