Sunday 4 March 2018

KREN JATUH SEORANG MAUT

Kepong - 4/3/2018

Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera selepas peralatan  "Launcing Girder" di sebuah tapak pembinaan jatuh.

Kejadian berlaku di tapak binaan MRT di Jalan Kepong, Kuala Lumpur kira kira jam 11.40 malam tadi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ketika kejadian kira kira 20 pekerja berada di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Firdaus Abdul Multalib 41 tahun, warga tempatan dipercayai terjatuh dari ketinggian kira kira 13 meter.


Seorang lagi mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba selepas melakukan kerja kerja menyelamat hampir dua jam.

Mangsa ketiga tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Mohamed Adha Md Nazir berkata pasukannya bergegas ke lokasi untuk kerja kerja menyelamat selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Kebetulan lokasi kejadian berada berhampiran balai bomba Jinjang yang membolehkan pihaknya tiba dengan cepat.

Ketika kejadian kebanyakan pekerja warga tempatan dan warga asing itu berada di bahagian atas peralatan membina trek MRT berkenaan.

Mangsa yang cedera juga adalah warga tempatan.

Mangsa yang maut dan cedera di bawa ke Hospital Selayang.

Kawasan kejadian turut ditutup sementara bagi proses siasatan dilakukan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment