Sunday 11 March 2018

TIADA LESEN MEMANDU KESALAHAN TERTINGGI

Shah Alam - 11/3/2018

Sebanyak 242 saman dikeluarkan polis pada Ops Bersepadu Samseng di Persiaran Sultan Shah Alam malam tadi.

Tiada lesen memandu masih mendominasi kesalahan tertinggi dengan 111 kesalahan, diikuti 43  kesalahan insurans kenderaan tamat tempoh.


Ini sekali gus membuktikan masih ada pengguna jalan raya yang tidak cekap dalam pengendalian kenderaan kerana kurang pengetahuan ilmu memandu atau menunggang.

Operasi dilakukan polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bermula jam 1 pagi berjaya memeriksa lebih 300 kenderaan.


Hasilnya, seorang lelaki diberkas bersama 3 bungkus air ketum.

Manakala seorang lagi ditangkap kerana memiliki rekod memandu secara melulu dan berbahaya.

Selain itu, pemeriksaan turut menemui 22 kesalahan lesen P atau L,  35 nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, 7 ubah suai ekzos dilakukan penunggang motosikal.


104 buah kenderaan disita termasuk sebuah kereta.

Operasi berakhir jam 4 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment