Thursday 31 May 2018

DINDING PARKIR RUNTUH HEMPAP 6 BUAH KENDERAAN

Kota Damansara - 31/5/2018

Sekurang-kurangnya enam buah kenderaan pelbagai jenis, rosak teruk akibat kejadian tebing runtuh di Pangsapuri Permai Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya semalam.


Kejadian berlaku kira kira jam 4.30 petang ketika ramai penghuni sedang sibuk melakukan persiapan berbuka puasa.


Sebuah jentera balai bomba penyelamat damansara dan petaling jaya yang menerima panggilan jam 4.56 petang dikejarkan ke kawasan kejadian.


Bomba tiba di lokasi pada pukul 5.30 petang itu mendapati keadaan tebing pemisah di kawasan tempat letak kereta setinggi 10 kaki dan sepanjang 150 kaki persegi runtuh.

6 kenderaan rosak teruk akibat dihempap serpihan batu.

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.


Kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang tertimbus telah dilakukan dengan bantuan daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Beberapa anggota pdrm dan pegawai Tenaga Nasional Berhad turut ditempatkan dilokasi  bagi memastikan kawasan berkenaan bebas bahaya.

Thursday 24 May 2018

TAKTIK SELUDUP DADAH DALAM ABSOBER KENDERAAN

Cheras - 24/5/2018

Sorok dadah dalam 'absober kenderaan' dan seludup keluar guna kurier...

Cubaan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah didalangi warga tempatan ini tidak menjadi selepas berjaya dihidu pihak berkuasa.


Ia selepas seorang lelaki tempatan ditangkap hasil dua serbuan dilakukan di Lembah Klang dua hari lepas.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah NARKOTIK Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata dalam serbuan pasukan STING itu... polis merampas 2.65 kilogram kokain bernilai lebih 529 ribu ringgit.


Jelasnya..   Sindiket didapati mengedar dadah itu untuk kegunaan di luar negara.

Suspek berusia 23 tahun kini direman bagi membantu siasatan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dalam sidang media sama..  PDRM telah mematahkan puluhan sindiket pengedarah dan penyeludupan dadah yang keseluruhannya dianggarkan bernilai 87 perpuluhan 17 juta ringgit.

Ia dengan penahanan 61 175 individu sejak januari hingga 17 mei lepas.

Ini termasuk individu yang membekalkan iaitu 10 137 tangkapan, 23 790 orang kerana memiliki dan 27 248 individu yang positif dadah.


Lebih 2 ribu kilogram dadah sintetik dan tradisional dirampas antaranya..  Syabu ketamin pil eramin 5 pil yaba pil ekstasi ganja dan heroin.

Polis juga berjaya menyita harta lebih 29 juta ringgit.

Wednesday 23 May 2018

PUSAT JUDI ONLINE DIGEMPUR LAGI

Shah Alam - 23/5/2018

Pengusaha premis judi atas talian dan mesin simulator tak serik buat hal lagi...

Malah mereka seperti cacing kepanasan apabila lima pusat haram itu digempur Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme STAGG Bukit Aman di Shah Alam dan Klang, semalam.


Ops Dadu JOL kira kira jam 3 petang semalam yang dilakukan selama lebih dua jam itu berjaya menangkap 11 pekerja premis dan empat pemain berusia 20 hingga 30-an.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin berkata, serbuan secara serentak itu membabitkan premis di Bandar Bukit Tinggi 1, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Taman Klang Jaya dan Taman Sri Muda.

Siasatan mendapati perniagaan haram itu beroperasi antara tiga hari hingga dua bulan lalu dengan turut dilengkapi kamera litar tertutup CCTV.

Kesemua pintu masuk hanya akan dibuka penjaga premis dengan menggunakan alat kawalan jauh.

52 komputer riba, sembilan modem, empat mesin simulator, dua komputer dan wang tunai berjumlah 859 ringgit dirampas.

Selain mesin judi simulator 'Wukong', logo kereta dan binatang, ia antaranya menawarkan permainan judi Roulette, Archer, Red Blue.

Purata kutipan pertaruhan dianggarkan antara 7 ribu ringgit hingga 15,000 ribu ringgit seminggu.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B kurangan a dan 6 kurungan 1 Akta Rumah Judi Terbuka 1953, selain Seksyen 6 kurungan 1 kurungan c dan 55B Akta Imigresen 1959/63.

Tuesday 22 May 2018

KEMALANGAN MEMBABITKAN 3 BUAH LORI, SEBUAH BAS DAN SEBUAH KERETA

Hulu Selangor - 22/5/2018

8 cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan 5 buah kenderaan.

Kejadian berlaku kilometer 405.6 Lebuhraya Utara Selatan dari Lembah Beringin menuju ke Tanjung Malim jam 12.30 tengah malam tadi tadi.


Jurucakap polis memaklumkan kemalangan membabitkan 3 buah lori , sebuah bas ekspress dan sebuah kereta.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler terbabas akibat jalan licin dan memasuki laluan bertentangan.


Kenderaan berat itu kemudian dirempuh sebuah lori 3 tan yang tidak sempat mengelak .

Tiga lagi kenderaan yang berada di belakang termasuk bas ekspres yang tiada penumpang yang cuba mengelak dari merempuh dua kenderaan itu bergesel sesama sendiri.

Ia menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri dan terbabas ke bahu jalan.


Kesemua mangsa yang cedera diselamatkan orang awam sebelum pasukan perubatan tiba bagi memberi bantuan.

Kemalangan menyebabkan kedua dua laluan sesak.

Ketika kejadian, hujan lebat selain jalan yang berbukit.

Monday 21 May 2018

LEMAS KETIKA MENJALA

Cyberjaya - 21/5/2018

DUA LELAKI DIPERCAYAI LEMAS SELEPAS HILANG SEJAK JAM 5 PETANG AKHIRNYA BERJAYA DITEMUI KIRA KIRA JAM 12.30 TENGAH MALAM TADI.

MANGSA BERSAMA 2 LAGI RAKAN MENJALA DI KAWASAN SUNGAI BERHAMPIRAN LA COTTAGE TAMAN PUTRA PERDANA, DENGKIL SELANGOR PETANG SEMALAM.


SEHINGGA TENGAH MALAM TADI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT KEDUA DUA MANGSA BERUSIA 40 DAN 31 TAHUN MASIH DIJALANKAN PASUKAN BOMBA DENGAN BANTUAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM.

KETUA BALAI BOMBA CYBERJAYA IZMAN ADNAN BERKATA PASUKAN PENYELAM TURUT DIGUNAKAN BAGI MENCARI MANGSA YANG DIKHUATIRI TERDAMPAR DI DASAR SUNGAI BERKENAAN.


NAMUN DUA DARIPADA MEREKA DIDAPATI HILANG SELEPAS DIHANYUTKAN ARUS DERAS.

MANGSA PERTAMA DIKENALI SEBAGAI EDWRICK MOJUTIL, 31 TAHUN  BERASAL DARI KUDAT, SABAH MANAKALA MANGA KEDUA MUSA NA BERUSIA 40 TAHUN DARI
BELAGA, SARAWAK.


MAYAT MANGSA DIBAWA KE HOSPITAL SERDANG UNTUK DIBEDAH SIASAT.

Sunday 20 May 2018

SEORANG MAUT DITEMBAK, 4 DIBERKAS, 2 LAGI MASIH DIBURU

Kuala Lumpur - 20/5/2018

Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati selepas cuba melibas anggota polis yang cuba menangkapnya dengan parang.

Terdahulu suspek bersama 4 rakannya yang lain itu cuba melarikan diri selepas terlibat dengan kes samun dalam penipuan tukaran mata wang asing.


Siasatan mendapati kerugian akibat jenayah dilakukan kumpulan itu lebih 11.7 juta ringgit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kejadian berbalas tembakan itu berlaku di Jalan Memanda 2, Ampang awal pagi semalam.


Dalam kejadian 2.50 pagi itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 Kuala Lumpur sedang melakukan rondaan.

Mereka kemudian terlihat seorang lelaki meminta tolong dan memaklumkan dirinya dirompak di Jalan Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Anggota terbabit kemudian mengejar lima lelaki yang melarikan diri dengan sebuah Toyota Vios.


Ketika cuba ditahan, salah seorang suspek menyerang pihak polis sehingga menyebabkan polis melepaskan empat das tembakan.

Suspek maut di tempat kejadian.

Polis turut menahan empat lagi lelaki berusia 28 hingga 50 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu dua lagi suspek warga Afrika bagi membantu siasatan.

Saturday 19 May 2018

2 MAUT 4 LAGI BERJAYA DIBERKAS SELEPAS AKSI BERBALAS TEMBAKAN

Petaling Jaya - 18/5/2018

Tak sampai 5 minit menyamun sebuah kedai emas...

Dua penjenayah maut ditembak manakala 4 rakan sejenayahnya ditangkap dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis petang tadi.


Kejadian berlaku di dalam sebuah pusat membeli belah Atria Damansara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata..  Insiden berlaku selepas pihak gerakan menerima laporan kejadian samun kira kira jam 5 petang.

Kumpulan penjenayah yang lengkap memakai topi keledar penuh dan berjaket itu dipercayai memasuki premis dengan menggunakan 3 pucuk pistol dan beberapa penukul.

Selepas menyamun..  Suspek dipercayai melarikan diri menggunakan 4 buah motosikal.

Bagaimanapun berjaya dipintas pasukan jenayah berat IPK Selangor di bahagian lobi dan jalan raya depan pusat membeli belah berkenaan.

Tindakan suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis akhirnya memakan diri apabila 2 daripada mereka tumpas dan seorang cedera selepas terkena tembakan.

Polis turut merampas 3 pucuk pistol jenis semi auto, revolver dan pistol angin serta penukul.

Segala hasil samun turut ditemui semula namun jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Polis percaya lebih 8 suspek terlibat dan kini sedang memburu saki baki kumpulan itu.

Dengan penahanan ini..  Polis percaya kumpulan terbabit terlibat dalam 8 kes samun kedai emas di sekitar Selangor Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sejak tahun lepas.

Friday 18 May 2018

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT REMPUH PENGHADANG JALAN

Kuala Lumpur - 18/5/2018

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan merempuh penghadang jalan di  kilometer 7 perpuluhan 1 Kerinchi Link arah utara tengahari tadi.


Insiden itu berlaku di laluan motosikal  berhampiran tol plaza.

Kejadian berlaku kira kira jam 11.50 pagi ketika mangsa dSeorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan merempuh penghadang jalan di  kilometer 7 perpuluhan 1 kerinchi link arah utara tengahari tadi.

Insiden itu berlaku di laluan motosikal  berhampiran tol plaza.

Kejadian berlaku kira kira jam 11.50 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya arah Damansara.

Mangsa dikenali sebagai Shamsul Nahar Manaf, 42 tahun daru Kampung Chenor, Kuala Pilah maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian kepala.

Anggota trafik dan polis bantuan peronda SPRINT segera ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.


Turut ditemui kesan terbabas di penghadang jalan kira kira 10 meter dari tempat mangsa terbaring.

Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat.

JSJK RAMPAS 284 KOTAK MENGANDUNGI BEG TANGAN BERJENAMA

Kuala Lumpur - 18/5/2018

Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang ibu negara, tengah malam tadi.

Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.

Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri, belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan, namun mengesahkan jumlahnya besar.

JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.

Lokasi lain yang turut diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian Datuk Seri Najib Razak.


Amar Singh berkata pihaknya turut merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan itu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.

Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium berkenaan.

Bagaimanapun indentiti pemilik kondominium mewah itu tidak didedahkan namun ianya ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

Jelasnya.. Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti.

Amar Singh berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Amar Singh berkata, pihaknya menjalankan tugas secara profesional...

Ia menjawab mengenai dakwaan  peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuninya.

Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam tadi.