Saturday 29 April 2017

OPS RODA KL

KUALA LUMPUR - 29/04/2017

Tak sampai 2 jam operasi dilakukan... Sejumlah 101 helai saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di jalan bangsar ibu negara malam tadi.

Ops Roda dilancarkan pasukan trafik Kuala Lumpur bermula jam 10 malam itu bertujuan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Dengan kekuatan 13 anggota dan seorang pengawai di ketuai Inspektor Md Shahrul Md Salleh .. Lebih 200 buah kenderaan diperiksa.


Antara kesalahan dikesan... Tiada atau tamat tempoh lesen memandu dan cukai jalan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta tiada cermin sisi.

Bagaimanapun tiada kenderaan disita.

Operasi itu akan dilakukan secara rutin setiap minggu bagi mengatasi kesalahan trafik berulang.

Operasi berakhir jam 12 malam tadi.

Thursday 20 April 2017

BISKUT GANJA

AMPANG - 20/4/2017



Seorang wartawan dan seorang lagi pelajar institut pengajian tinggi IPT antara 5 dicekup kerana aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang.

Suspek berusia 24 hingga 27 tahun  ditangkap dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD AmpangJaya dua hari lepas.

Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa pada jam 8.54 malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis..5 suspek yang sedang leka membungkus dadah jenis ganja ala cookies itu ditahan.

Soal siasat saspek,  satu balang yang memiliki 34 keping biskut ganja bernilai 150 ringgit. Turut dirampas dadah jenis ganja dalam pelbagai paket yang dipercayai untuk edaran sekitar Lembah Klang.



Hasil soal siasat... polis menyerbu sebuah lagi rumah yang terletak hanya 500 meter dari lokasi pertama.

Pemeriksaan menemui sejumlah lagi dadah yang keseluruhannya bernilai hampir 8 ribu ringgit.

Kesemua suspek yang positif dadah kini direman untuk disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.Sabit kesalahan boleh dihukum gantung.


Monday 17 April 2017

UGUTAN BOM

KUALA LUMPUR - 17/04/2017

Tanpa sebarang motif yang pasti, sebuah bungkusan yg kononnya bom dengan nota berunsur ugutan diletakkan dibawah pokok berhampiran bangunan bernama di jalan 2/65 di ibunegara petang tadi.


Orang awam yang terpandang bungkusan itu segera menghubungi polis dan bomba kira kira jam 5petang.




Sehingga kini polis dan bomba sedang meneliti kesahihan barangan tersebut.

Rakaman cctv juga sedang diteliti bagi mengesan individu berkenaan.

Thursday 13 April 2017

STAGG BUKIT AMAN GEMPUR SARANG PELACURAN

PUCHONG - 13/04/2017

Lagi sarang pelacuran digempur polis....

Kali ini 32 wanita warga asing disyaki ligat menjadi hamba seks dan juga gro ditangkap di sebuah pusat refleksologi dan sebuah pub di bukit jalil dan puchong.

Serbuan serentak di dua premis oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman itu dilakukan hasil intipan seminggu.

Ketika diserbu... Wanita warga asing itu masing-masing mengenakan pakaian yang menghairahkan disyaki sedang menunggu pelanggan.

Beberapa bilik seks juga ditemui.

Pemeriksaan 14 daripadanya warga Vietnam.. 13 china dan 5 thailand berusia 20 an.

Separuh daripadanya tidak memiliki paspot.

4 lelaki tempatan yang juga penjaga premis ditahan.

Wang tunai lebih 7 ribu ringgit... Kondom dan peralatan seks serta buku log pelanggan dirampas.

Kesemua tangkapan dibawa ke balai polis bukit jalil dan ipd serdang untuk tindakan lanjut.


GENG OXY LARIKAN SETENGAH JUTA RINGGIT BARANG KEMAS

KOTA KEMUNING - 12/04/2017

Pemilik kedai emas tergamam apabila peti besi yang mengandungi wang tunai dan dokumen berlubang dengan kesan oxy di tepinya.
Kejadian disedari oleh pemiliknya sebaik terhidu bau kesan bakar ketika membuka premis perniagaannya kira kira jam 10 pagi di sebuah pasaraya di seksyen 30 kota kemuning,  shah alam.

Liciknya perompak turut melarikan rakaman cctv dalam kedai emas terbabit bagi mengelak pengecaman pelakunya.

Dan ini merupakan kali keempat kes kecurian dan samun membabitkan premis yg sama.

 rakaman cctv pasaraya berkenaan sedang diteliti.

Beberapa bukti dan kesan cap jari ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun polis Tidak menolak kemungkinan dalangnya pekerja bengkel kenderaan.



'PORT' PENAGIH DADAH DIGEMPUR

SEMENYIH - 12/04/2017

Bertindak atas maklumat orang awam dan risikan polis.

Kawasan tapak semaian kelapa sawit di Batu 2, Semenyih Selangor digempur sepasukan pegawai dan anggota polis Selangor siang tadi.

Hasil serbuan 25 lelaki dan seorang wanita dicekup.

Serbuan dilakukan bermula jam 10 pagi tadi selepas sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan intipan seawal jam 4 pagi mengenai pergerakan penagih di kawasan tapak semaian kelapa sawit ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Amran Ramli berkata ketika diserbu penagih dadah ini sedang khayal hingga tidak menyedari kawasan berkenaan sudah dikepung.

Selain penagih dadah, 3 lelaki dipercayai pembekal atau 'tokan' dadah dicekup.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai 40 peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin .

Siasatan kemudiannya membawa kepada penemuan satu lagi peket plastik besar lutsinar mengandungi heroin yang disembunyikan di celah rimbunan ranting kayu .

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 63 tahun dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.


Monday 10 April 2017

RAMPAS TANDUK BADAK SUMBU RM13.67 JUTA

SEPANG - 10/04/2017

Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA mematahkan cubaan sindiket menyeludup tanduk badak sumbu terbesar di negara ini , tiga hari lepas.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata 18 tanduk badak sumbu seberat 51.4 kilogram dengan nilai lebih 13 juta ringgit ditemui di dalam kotak kayu yang tiba di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA.

Kotak kayu itu tiba menerusi penerbangan Qatar Airways dari Mozambique dan transit di Doha, Qatar sebelum ke KLIA.

Kastam melakukan pemeriksaan dan rampasan berdasarkan maklumat setelah mengesyaki sebuah kotak kayu membawa barang larangan.

Siasatan awal mendapati tanduk badak sumbu yang dirampas itu diikrarkan sebagai surat muatan udara .

Alamat yang digunakan juga adalah palsu.

Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk



Sunday 9 April 2017

OPERASI TANPA LESEN

SERI KEMBANGAN - 09/04/2017

Pernah di serbu beberapa kali sebelum ini kerana beroperasi tanpa lesen dan menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan.

Awal pagi tadi premis terbabit yang menjadi tumpuan warga asing berhibur sekali lagi diserbu atas kesalahan sama.

Pusat hiburan yang terletak di Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan itu di serbu sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Serbuan di lakukan kira-kira jam dua pagi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, DSP Mohd Fakir Fauzi bersama 25 pegawai dan anggota.

Ketika serbuan, rata-rata pengunjung sedang leka berhibur sambil meneguk minuman keras dan khayal dadah.

Sebaik menyedari premis di serbu mereka lari bertempiaran.

Ada yang cuba meloloskan diri melalui tingkap tandas dan bersembunyi di bawah sofa.

Hasil serbuan, seramai 66 lelaki dan wanita warga asing dan tempatan ditahan.

Didapati enam wanita warga Vietnam dan 10 wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pelayan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Selain itu, 19 pelanggan lelaki warganegara Indonesia juga tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Wang tunai berjumlah RM1,040 turut dirampas.

Pemeriksaan mendapati kesalahan premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah.

Kesemua mereka yang di tahan di bawa ke IPD Serdang untuk pemeriksaan lanjut dan ujian air kencing.


Friday 7 April 2017

DADAH DALAM BUNGKUSAN BAJU

NILAI - 07/04/2017

Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 15.56 kilogram dadah Methamphetamine atau syabu bernilai 1.09 juta ringgit yang disorok dalam bungkusan kemeja T .

Ia hasil sebuan di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor, Rabu lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan dilakukan  hasil maklumat orang awam.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui dadah dalam bungkusan plastik yang disembunyikan dalam setiap helai kemeja-t yang ditemui dalam tujuh kotak bungkusan pakaian .

Ia dipercayai dibawa dari Dhaka, Bangladesh.

Dadah itu dibawa melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan kemudian dihantar ke sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi.

Dalam serbuan itu, tiga lelaki warga India berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditangkap.

JKDM masih menyiasat sama ada dadah itu untuk pasaran tempatan atau hanya transit di negara ini.

Suspek   warga India direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk



OKU MATI DIBUNUH

KUNDANG - 07/04/2017

Tanpa rasa belas kasihan seorang oku dibelasah dengan buluh hingga mati di  di Bandar Baru Kundang, Rawang petang tadi.

Lebih menyedihkan perbuatan jenayah tak berperi kemanusiaan itu berlaku dikawasan kuil hindu yang sering dikunjungi masyarakat hindu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 5.30 petang tadi.

Orang awam  yang melalui tepi kuil tersebut menghubungi polis.

Ketika ditemui mangsa dalam keadaan terbaring tanpa pakaian.
Mangsa dikenali sebagai P.Saravanan dipercayai tidak bekerja.

Soal siasat dilokasi kejadian,  dua lelaki berusia dua puluhan ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sungai buloh.




Thursday 6 April 2017

TAN SRI BERSAMA ANAK DAN EMPAT PEGAWAI JPS DI REMAN ENAM HARI

PUTRAJAYA - 06/04/2017


Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menahan reman seorang ahli perniagaan yang juga bekas Naib Presiden sebuah Parti politik bergelar Tan Sri selama 6 hari mulai hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman,turut membenarkan permohonan yang sama terhadap pengarah bahagian projek khas Jabatan Parit dan Saluran,JPS.Jurutera tempatan,Jurutera Tapak dan Penolong Jurutera dari jabatan yang sama

Reman diberikan mengikut seksyen 117 kanun tatacara jenayah untuk disiasat mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara 20 tahun dan Lima kali ganda nilai suapan atau 10 ribu ringgit mana yang lebih tinggi.

Reman dibuat bagi membantu siasatan berhubungan tuntutan palsu pembekalan geotube untuk kerja kerja pemulihan Sungai dengan kaedah penggalian Dredging and Excavation di Melaka.

Tan Sri ditahan bersama sama 4 lagi individu berumur antara 33 hingga 63 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan serentak dalam operasi khas di Johor, Seremban dan di Ibupejabat JPS di Kuala Lumpur.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : 
https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk

Wednesday 5 April 2017

KEMALANGAN MAUT DI FEDERAL HIGHWAY

KUALA LUMPUR - 05/04/2017

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah motosikal lain di lebuhraya persekutuan berhadapan angkasapuri lewat petang tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 7.30  malam tadi ketika lalulintas sedang sibuk dari petaling jaya ke jalan Syed Putra..

Sebaik bergesel motosikal yang dipandu laju melanggar tiang lampu menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Manakala penunggang motosikal ex five mengalami patah kaki dan parah dibadan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalulintas selama 3 jam.

Mayat mangsa dibawa ke ppum untuk dibedah siasat.
Manakala yang parah diberi rawatan lanjut di hospital yang sama.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk


PENIPUAN GAS



SUNGAI BULOH - 05/04/2017 

Sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Indah, di sini, dikesan memindahkan separuh daripada gas LPG bersubsidi berkuantiti 14 kilogram ke tong kosong untuk dijual ke pasaran.


Hasil daripada maklumat dan risikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu premis berkenaan jam 9 malam tadi.


Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahayudin berkata, premis penyimpanan gas LPG itu melakukan aktiviti pemindahan kira-kira 2kilogram gas dari setiap tong ke tong kosong yang juga berkapasiti 14 kilogram.


"Ini menyebabkan setiap tong berkapasiti 14kilogram akan mempunyai isipadu 12 kilogram sahaja.


"Tong kosong yang siap diisi dengan jumlah isipadu tertentu dijual bersama tong yang disedut tadi dengan kadar harga sama iaitu RM26.60 setiap satu," katanya ketika sidang media di premis berkenaan tengah hari tadi.


Beliau berkata, sebanyak 1,083 tong gas bernilai RM121,690 dirampas untuk siasatan lanjut.


Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : 
https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk