Thursday 13 April 2017

'PORT' PENAGIH DADAH DIGEMPUR

SEMENYIH - 12/04/2017

Bertindak atas maklumat orang awam dan risikan polis.

Kawasan tapak semaian kelapa sawit di Batu 2, Semenyih Selangor digempur sepasukan pegawai dan anggota polis Selangor siang tadi.

Hasil serbuan 25 lelaki dan seorang wanita dicekup.

Serbuan dilakukan bermula jam 10 pagi tadi selepas sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan intipan seawal jam 4 pagi mengenai pergerakan penagih di kawasan tapak semaian kelapa sawit ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Amran Ramli berkata ketika diserbu penagih dadah ini sedang khayal hingga tidak menyedari kawasan berkenaan sudah dikepung.

Selain penagih dadah, 3 lelaki dipercayai pembekal atau 'tokan' dadah dicekup.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai 40 peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin .

Siasatan kemudiannya membawa kepada penemuan satu lagi peket plastik besar lutsinar mengandungi heroin yang disembunyikan di celah rimbunan ranting kayu .

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 63 tahun dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.


No comments:

Post a Comment