Sunday 9 April 2017

OPERASI TANPA LESEN

SERI KEMBANGAN - 09/04/2017

Pernah di serbu beberapa kali sebelum ini kerana beroperasi tanpa lesen dan menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan.

Awal pagi tadi premis terbabit yang menjadi tumpuan warga asing berhibur sekali lagi diserbu atas kesalahan sama.

Pusat hiburan yang terletak di Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan itu di serbu sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Serbuan di lakukan kira-kira jam dua pagi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, DSP Mohd Fakir Fauzi bersama 25 pegawai dan anggota.

Ketika serbuan, rata-rata pengunjung sedang leka berhibur sambil meneguk minuman keras dan khayal dadah.

Sebaik menyedari premis di serbu mereka lari bertempiaran.

Ada yang cuba meloloskan diri melalui tingkap tandas dan bersembunyi di bawah sofa.

Hasil serbuan, seramai 66 lelaki dan wanita warga asing dan tempatan ditahan.

Didapati enam wanita warga Vietnam dan 10 wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pelayan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Selain itu, 19 pelanggan lelaki warganegara Indonesia juga tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Wang tunai berjumlah RM1,040 turut dirampas.

Pemeriksaan mendapati kesalahan premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah.

Kesemua mereka yang di tahan di bawa ke IPD Serdang untuk pemeriksaan lanjut dan ujian air kencing.


No comments:

Post a Comment