Wednesday 5 April 2017

PENIPUAN GAS



SUNGAI BULOH - 05/04/2017 

Sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Indah, di sini, dikesan memindahkan separuh daripada gas LPG bersubsidi berkuantiti 14 kilogram ke tong kosong untuk dijual ke pasaran.


Hasil daripada maklumat dan risikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu premis berkenaan jam 9 malam tadi.


Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahayudin berkata, premis penyimpanan gas LPG itu melakukan aktiviti pemindahan kira-kira 2kilogram gas dari setiap tong ke tong kosong yang juga berkapasiti 14 kilogram.


"Ini menyebabkan setiap tong berkapasiti 14kilogram akan mempunyai isipadu 12 kilogram sahaja.


"Tong kosong yang siap diisi dengan jumlah isipadu tertentu dijual bersama tong yang disedut tadi dengan kadar harga sama iaitu RM26.60 setiap satu," katanya ketika sidang media di premis berkenaan tengah hari tadi.


Beliau berkata, sebanyak 1,083 tong gas bernilai RM121,690 dirampas untuk siasatan lanjut.


Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : 
https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk

No comments:

Post a Comment