Tuesday 24 April 2018

PENEMUAN MOTOSIKAL PETUNJUK BARU KES BUNUH WARGA PALESTIN

Kuala Lumpur - 24/4/2018

Polis menemui petunjuk baru kes bunuh warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh yang mati ditembak sabtu lalu apabila sebuah motorsikal dipercayai digunakan suspek ditemui di sekitar Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut.


Beliau ditemui pada sidang media sempena Lawatan Kerja dan Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Peringkat Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Difahamkan, motosikal itu ditemui berhampiran Tasik Danau Kota oleh orang awam, kira-kira pukul 1 tengah hari.


Dalam pada itu beliau berkata, polis turut memperoleh petunjuk lain kes berkenaan berikutan ada individu tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Ditanya sama ada suspek masih berada dalam negara, beliau berkata pihaknya
tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu.

Mengulas mengenai sama ada jenazah akan dihantar pulang ke negara asal, beliau berkata, keputusan itu bergantung kepada pihak Kedutaan Palestin.

Polis Diraja Malaysia jelasnya bersedia membantu urusan penghantaran jenazah.

Allahyarham Dr Fadi yang juga Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira 6 pagi Sabtu.

Beliau ditembak dua suspek menunggang motorsikal berkuasa tinggi.


Polis telah mengedarkan lakaran wajah kedua-dua suspek dipercayai warga Eropah atau Asia Barat itu di semua pintu keluar masuk negara ini.

Sunday 22 April 2018

PELESIT JALANAN BERAKSI LAGI

Shah Alam - 22/4/2018

Biarpun setiap bulan menjadi lokasi utama dalam Ops Samseng...

Namun kegiatan lumba haram masih lagi berlaku seperti mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

Ekoran aduan awam yang jelik dengan sikap pelesit jalanan suka membuat bising dan menunggang secara merbahaya... Lokasi itu digempur lagi..


Operasi bermula jam 1 pagi itu dilakukan oleh jabatan siasatan penguatkuasaan trafik IPD Shah Alam.

Ketika kumpulan terbabit sedang melakukan aksi merbahaya... tindakan pantas polis dan  penguatkuasa majlis perbandaran shah alam, lebih 350 penunggang motosikal yang berkumpul di dataran shah alam ditahan.


Ada yang cuba membuat pusingan u untuk meloloskan diri.. Bagaimanapun gagal.

Ketu Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata hasil pemeriksaan polis mengeluarkan 172 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen dan cukai jalan...  Nombot plat fancy,  tiada cermin sisi dan ekzos bising.

Polis turut menyita 69 buah motosikal selain memeriksa 155 kenderaan lain.


Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Operasi berakhir jam 4 pagi tadi.

Saturday 21 April 2018

PENSYARAH MATI TERKENA 10 DAS TEMBAKKAN

Setapak - 21/4/2018

Pensyarah universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati.

Kejadian berlaku ketika mangsa sesang berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.


Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal  kira-kira jam 6 pagi.

Siasatan awal mendapati dua suspek yang lengkap memakai helmet penuh menaiki motosikal bertindak melepaskan lebih 10 das tembakan.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.


Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian.


Rakaman kamera litar tertutup di premis berdekatan juga akan diambil dan dianalisa bagi mengesan suspek terlibat.

Mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan bersama isteri dan tiga anaknya.

AKSI BERANI MATI MAT REMPIT TERBANTUT

Kajang - 21/4/2018

Kedegilan Mat rempit atau samseng jalanan terus menjadi kutukkan masyarakat setempat.

Kelibat licik dan ‘berani mati’ mereka boleh dilihat di lokasi tertentu seperti lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan kampung.


Mereka bukan sahaja tidak peduli peraturan dan undang-undang malah terus, memecut deras bagi mendapat habuan yang dijanjikan.

Ekoran itu..  Satu ops cegah khas dilakukan Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik IPK Selangor di Lebuhraya LEKAS awal pagi tadi.

Buktinya 170 pelesit jalanan diberkas atas pelbagai kesalahan trafik.


Operasi bermula jam 2 pagi itu turut membabitkan JPJ Kajang.

Lebih mengejutkan... Kira kira 20 daripada tangkapan adalah remaja bawah umur dan masih bersekolah.

Seribu satu macam alasan diberikan bagi melepaskan diri.

Tiada lesen memandu masih menjadi kesalahan tertinggi selain nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai motosikal.


20 buah motosikal juga disita.

Operasi berakhir jam 6 pagi.

Wednesday 18 April 2018

GRO ASING PELARIS PERNIAGAAN

Puchong - 18/4/2018

Beroperasi secara haram dan tawar khidmat GRO asing sebagai pelaris perniagaan.

Itu kegiatan sebuah pub di Pusat Bandar Puchong yang digempur polis bahagian maksiat D tujuh IPK Selangor malam tadi.



Ops Noda bermula jam 10.45 malam itu berhasil dengan penahanan 10 wanita warga asing berpakaian separuh bogel dan seorang ibu ayam.

Ketika serbuan..  Ramai pelanggan sedang asyik dilayan tarian gro asing.

Semakan mendapati 9 daripada mereka adalah warga Vietnam..  Seorang warga Indonesia yang didapati gagal menunjukkan sebarang pas perjalanan sah.


Polis turut merampas peralatan karaoke dan audio serta wang tunai.

Seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis dan seorang pekerja warga Bangladesh turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 55 b, seksyen 39 ( B ), seksyen 6 ( 1 ) c akta imigresen.


Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut.

Monday 16 April 2018

LANGGAN 3 JAM KE ATAS DAPAT BILIK ISTIMEWA

Petaling Jaya - 16/4/2018

Jabatan Imigresen Putrajaya menumpaskan satu sindiket pelacuran yang menjalankan kegiatan di dua buah pusat urut di Dataran Suway Kota Damansara dengan penahanan 29 pelacur asing dalam Op Gegar malam tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohammed Yuzaiman Ahmad berkata operasi itu dilakukan selepas risikan awal mendapati pusat urut itu menawarkan perkhidmatan seks dan menggunakan papan tanda sebagai pusat urut tradisional bagi mengaburi pandangan pihak penguat kuasa.


Malah modes operandinya dikenal pasti menggunakan teknik lariskan pelanggan menerusi aplikasi 'we chat'.

Operasi bermula jam 9 malam tadi turut mengejutkan 7 pelanggan yang sedang leka melakukan seks di bilik bilik yang disediakan.


2 penjaga pusat urut warga tempatan juga ditangkap.

Mereka yang ditahan melibatkan 13 wanita warga Vietnam, 8  Indonesia, 5 China, 2 Thailand dan 1 Laos.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.


Hasil pemeriksaan bilik yang diubah suai khas untuk melakukan seks itu menemui beberapa alatan seks serta kondom.

Soal siasat turut mendapati sindiket  menawarkan khidmat seks yang dikenakan caj sehingga 500 ringgit bagi 3 jam.

Kesemua tahanan ditempatkan di Kem Tahanan Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan.

Kes disiasat mengikut kesalahan di bawah akta imigeesen dan peraturan peraturan imigresen 1963.

Saturday 14 April 2018

DADAH BERNILAI RM8.7 JUTA DIRAMPAS

KUALA LUMPUR - 14/4/2018

Satu lagi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang didalangi warga tempat tumpas.


Ia selepas 8 anggota sindiket itu ditangkap dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur tiga hari lepas.

Dalam serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai 8.7 juta ringgit dirampas.



Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Dato Kamarulzaman Mamat berkata pihaknya melakukan 4 serbuan bermula jam 5.50 petang Rabu lepas.


Hasil serbuan sekitar ibu negara itu, 8 anggota sindiket warga tempatan termasuk dua wanita ditahan.

Polis turut merampas dadah jenis syabu, kokain, ekstasi dan ketamin seberat lebih 100 kilogram yang bernilai 8.7 juta ringgit.


Nilai sitaan kenderaan, wang tunai dan barang kemas pula berjumlah lebih 1 juta ringgit.

Kesemua suspek yang ditahan berusia 19 hingga 34 tahun kini direman untuk disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952.

Saturday 7 April 2018

SEORANG MAUT BAS EKSPRESS LANGGAR LORI

Gombak - 7/4/2018

Seorang maut manakala 14 lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya antara sebuah bas ekspress dan sebuah lori pasir di kilometer 30 perpuluhan 9 Lebuhraya Karak menghala ibu negara petang tadi.


Kejadian dilaporkan jam 3.50 petang ketika kedua dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Menurut Ketua Polis Daerah Gomba Acp Ali Ahmad... Bas ekspress yang membawa 10 pelancong warga Singapura dari perjalanan Genting Highland itu telah merempuh bahagian belakang sebuah lori pasir.

Akibat perlanggaran itu..  Bahagian hadapan bas mengalami rosak teruk dan seorang pelayan bas cedera parah kerana tersepit.


Dia yang cederah parah di seluruh badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pelancong, pemandu bas dan pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.


Sehingga kini polis masih menyiasat punca kejadian sebenar.

Kesemua mangsa cedera di bawa ke hospital kuala lumpur dan mangsa yang maut dibawa ke hospital selayang untuk dibedah siasat.


Kes disiasat mengikut seksyen 41 kurungan 1 akta pengangkutan jalan 1987.

Thursday 5 April 2018

JAJA DIRI UNTUK RAIH KEUNTUNGAN

Petaling Jaya - 5/4/2018

Lagi pusat hiburan yang jadi lubuk duit bagi wanita warga asing menjaja diri di serbu.

Kali ini dua buah pub di Damansara Utama Petaling Jaya digempur Jabatan Imigresen Putrajaya dalam Ops Mega malam tadi.


Operasi bermula jam 12 malam itu berhasil dengan penahanan 57 GRO asing yang berpakaian menjolok mata.

Dalam pemeriksaan itu...  3 majikan tempatan dan 7 lelaki warga Bangladesh yang juga ditangkap bagi membantu siasatan.


Lebih 100 pelanggan yang sedang berhibur turut dikejutkan dengan pemeriksaan terbabit.


Semakan mendapati..  23  daripada wanita itu warga Thailand,  19 Filipina, 9 Vietnam dan seorang Rusia gagal menunjukkan dokumen atau permit kerja sah.

Kesemua tangkapan dibawa ke ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Tuesday 3 April 2018

JUAL TUBUH DI MEDAN SELERA

Kuala Lumpur - 3/4/2018

Bagaikan episod yang tiada kesudahan apabila sebuah medan selera ini tidak pernah lekang dengan kegiatan GRO asing.

Biarpun setiap tahun diserbu pelbagai agensi penguatkuasa.. Namun aktiviti persundalan di kawasan medan selera yang terletak di Jalan Geylang ibu negara ini masih berlangsung seperti biasa.


Dan malam tadi...  15 wanita warga asing yang berpakaian seksi ditangkap dalam serbuan Ops Mega 2.0 Imigresen putrajaya.

Operasi bermula jam 2.15 pagi itu turut mengejutkan lebih 50 pengunjung tempatan.


7 lelaki warga asing juga ditahan kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan sah.

Ketika serbuan... Gro asing itu dipercayai sedang menjalankan kegiatannya menghiburkan pelanggan di meja makan.


Pemeriksaan mendapati..  Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang tamat tempoh.

Kesemua tangkapan di bawa ke depoh tahanan di ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Operasi berlangsung selama setengah jam dan berakhir jam 2.40 pagi tadi.