Monday 16 April 2018

LANGGAN 3 JAM KE ATAS DAPAT BILIK ISTIMEWA

Petaling Jaya - 16/4/2018

Jabatan Imigresen Putrajaya menumpaskan satu sindiket pelacuran yang menjalankan kegiatan di dua buah pusat urut di Dataran Suway Kota Damansara dengan penahanan 29 pelacur asing dalam Op Gegar malam tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohammed Yuzaiman Ahmad berkata operasi itu dilakukan selepas risikan awal mendapati pusat urut itu menawarkan perkhidmatan seks dan menggunakan papan tanda sebagai pusat urut tradisional bagi mengaburi pandangan pihak penguat kuasa.


Malah modes operandinya dikenal pasti menggunakan teknik lariskan pelanggan menerusi aplikasi 'we chat'.

Operasi bermula jam 9 malam tadi turut mengejutkan 7 pelanggan yang sedang leka melakukan seks di bilik bilik yang disediakan.


2 penjaga pusat urut warga tempatan juga ditangkap.

Mereka yang ditahan melibatkan 13 wanita warga Vietnam, 8  Indonesia, 5 China, 2 Thailand dan 1 Laos.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.


Hasil pemeriksaan bilik yang diubah suai khas untuk melakukan seks itu menemui beberapa alatan seks serta kondom.

Soal siasat turut mendapati sindiket  menawarkan khidmat seks yang dikenakan caj sehingga 500 ringgit bagi 3 jam.

Kesemua tahanan ditempatkan di Kem Tahanan Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan.

Kes disiasat mengikut kesalahan di bawah akta imigeesen dan peraturan peraturan imigresen 1963.

No comments:

Post a Comment