Wednesday 28 February 2018

KILANG TAUHU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Ampang - 28/2/2018

Sebuah kilang pembekal tauhu musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian berlaku di Jalan Kampung Baru Ampang kira-kira jam 6 pagi tadi.


4 buah jentera dari balai bomba dan penyelamat Ampang, Pandan,  Kajang dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba jam 6.09 pagi.. Api masih marak.

Keadaan struktur bangunan serta premis yang dipenuhi bahan mudah terbakar menyebabkan api cepat marak.


Dan berjaya dipadamkan sejam kemudian.

Siasatan forensik mendapati premis mengalami 60 peratus kemusnahan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.


Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tuesday 20 February 2018

MAYAT KETIGA DITEMUI

Sungai Buloh - 20/2/2018

Mayat ketiga mangsa yang hilang ketika memancing di Sungai  Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat SAR kira-kira 12.30 tengah hari tadi.


Mangsa dikenal pasti sebagai Silawati Zailan, 31, dari Kampung Melayu Sungai Buloh, berdasarkan pengecaman anggota keluarga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 13 kilometer dari pos kawalan bomba.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


Usaha mencari dua lagi mangsa giat dilakukan.

Dua individu yang dilaporkan masih hilang setakat ini ialah Rapawi Jum’ada, 37, dan Jeleha Hashim, 48.

Semalam, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam.


Mayat Jamaluddin Rapawi, 14, pula ditemui tersangkut pada pokok pukul 1.26 pagi tadi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.

JPJ KELUARKAN LEBIH 10RIBU SAMAN

Kuala Lumpur - 20/2/2018

Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ telah mengeluarkan 10 ribu 214 saman atas pelbagai kesalahan trafik sempena ops khas motosikal sempena Tahun Baru Cina 2018 sejak 14 februari lepas.


Paling mengejutkan sejumlah 4010 saman adalah kesalahan tidak memiliki lesen memunggang atau CDL.

Diikuti lesen tamat tempoh dan tiada cukai jalan iaitu 2434 dan 2357 dicatatkan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata operasi khas yang ditumpukan untuk pemeriksaan motosikal ini bagi mengesan penunggang yang masih ingkar tidak memiliki lesen dan cukai jalan.


Operasi ini juga dilakukan untuk tujuan mendidik pengguna jalan raya perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Beliau ditemui dalam operasi khas motosikal dekat jalan bangsar malam tadi.

Dalam operasi itu sejumlah 420 saman direkodkan atas 195 buah kenderaan.

Operasi bermula jam 7 malam itu turut memeriksa lebih 1000 kenderaan.

290 kesalahan adalah tidak memiliki lesen memandu dan menunggang serta tiada cukai jalan.


5 buah motosikal disita.

Turut ditangkap 3 individu yang didapati positif dadah.

Operasi ini disertai 92 pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ, AADK, IMIGRESEN dan jabatan Alam Sekitar JAS.

Operasi berakhir jam 12 malam tadi.

Sunday 18 February 2018

AKSI LAGAK DAN BERANI MATI MAT REMPIT

Shah Alam - 18/2/2018

Berlagak dan berani mati...  Itu antara sikap  samseng jalanan yang dikesan di dalam operasi bersepadu di Persiaran Sultan Shah Alam malam tadi.

Malah tindakan beberapa pemuda yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan dengan menongkah arah akhirnya membawa padah apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Dua daripada mereka mengalami cedera ringan.


Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bermula jam 12 malam hingga 6 pagi tadi itu berjaya menyita lebih 63 buah motosikal yang cuba diubah suai menjadi motor lumba.


Penguatkuasa Trafik IPD Shah Alam Inspektor Mohd Nazli Nordin berkata..  Kebanyakkan motosikal itu diubah suai hingga mencecah ribuan ringgit.

Dan ada antara mereka sanggup dikenakan tindakan saman asalkan motosikalnya nampak gah.

Sejumlah 380 buah motosikal dan 32 buah kenderaan diperiksa.


Hasilnya 179 saman dikeluarkan dan tiada lesen masih menjadi kesalahan tertinggi dengan 81 saman dikeluarkan.

Seorang wanita turut ditangkap kerana positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua tangkapan dibawa ke ipd shah alam untuk tindakan lanjut.


*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

Saturday 17 February 2018

NOMBOR PENDAFTARAN PALSU DAN MEMILIK DADAH

Kuala Lumpur - 17/2/2018

Di ibu negara pula JSPT Kuala Lumpur mencekup dua pengguna jalan raya ditahan kerana mengggunakan nombor pendaftaran palsu dan memiliki dadah.


Suspek pertama didapati menunggang motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai kenderaan curi.

Suspek kedua pula bukan sahaja memandu kereta dengan nombor pendaftaran palsu malah turut memiliki sejumlah dadah.


Kedua dua mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Operasi ASP Mohd Hasbullah Saidin berkata sepanjang operasi di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar ini ..

Sebanyak 413 kenderaan dan individu diperiksa.


Daripada jumlah itu sebanyak 249 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan.

Nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi adalah kesalahan paling banyak dilakukan ..diikuti tiada lesen memandu.

Friday 16 February 2018

BAS TAMBAHAN TIADA LESEN PERUBAHAN SEMENTARA (LPS)

Kuala Lumpur - 15/02/2018

Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas lebih tiga jam selepas bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan.


Ia dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pemeriksaan di bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu yang ditetapkan sejak 8 malam tadi.


Che Hasni berkata Op Serkap dari 9 hingga 25 Feb itu dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres.

Katanya, setakat ini, SPAD telah mengeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan, selain menyita lima kenderaan, termasuk bas dan teksi.

Dalam operasi itu... Penumpang turut menerima flyers yang diedarkan SPAD bagi tujuan kesedaran dan informasi talian hotline spad sekiranya berlaku salah laku pemandu terutamanya semasa pemanduan.


Difahamkan sekurang kurangnya 6 bas tidak bertanggungjawa muncul selepas 11 malam.


Operasi ini akan dilakukan secara berterusan sehingga 25 februari ini.


*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

Thursday 15 February 2018

GRO BERSEMBUNYI DI BELAKANG TANGKI AIR

Puchong - 15/2/2018

Janji kosong segelintir majikan menjadi punca lambakan warga asing di sekitar ibu negara.

Malah mereka dilonggokkan di satu satu kawasan sementara menunggu panggilan kerja.

Itu situasi di Bandar Puteri Puchong dan Sri Kembangan yang digempur Jabatan Imigresen Putrajaya malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata.. Kegiatan ini kerap dikesan dalam beberapa siri ops gegar, ops mahir dan ops sapu.

Jelasnya... pendatang asing tanpa izin ini ditempatkan di rumah penempatan sementara sebelum diupah bekerja.

Namun kerana menampung perbelanjaan harian..  Kebanyakkan pati ini mencari pekerjaan sendiri...

Ada juga sehingga menjalankan kegiatan tidak bermoral seperti GRO dan melakukan kegiatan jenayah.

GRO bersembunyi di belakang tangki air dalam tandas

Dalam operasi ini..  Seramai 149 pati ditangkap termasuk 29 daripadanya adalah wanita.


Di kilang ais dekat sri kembangan sahaja ada 89 warga bangladesh yang baru memasuki malaysia.


Manakala beberapa wanita warga asing yang dipercayai menjadi GRO di sebuah kelab dekat Bandar Puteri Puchong turut dicekup.


Antara kesalahan dikesan..  Tidak memiliki passpot serta permit kerja serta menyalah gunakan pas lawatan sosial.


Turut ditangkap 6 individu warga tempatan dipercayai penjaga PATI berkenaan.

*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

TIADA LESEN MEMANDU ANTARA KESALAHAN TERTINGGI

Sentul - 14/2/2018

Tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi dicatatkan sepanjang Operasi Tahun Baru Cina dilancarkan sejak 9 februari lepas.

Ia bukan sahaja membahayakan mereka sendiri malah  pengguna jalan raya lain.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata sikap pemandu mahupun penunggang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan mengendalikan sesuatu kenderaan di atas jalan raya antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.


Ini kerana kursus memandu untuk pengeluaran sesuatu lesen kenderaan sudah cukup untuk memberikan pendidikan undang-undang jalan raya mahupun kecekapan pemanduan.

Sejak ops itu dilancarkan JPJ mengeluarkan sejumlah 843 saman atas pelbagai kes kesalan trafik ke atas 577 kenderaan yang dikenakan tindakan.


Ia meliputi sejumlah 2420 kenderaan yang diperiksa.

Dan kesalahan tertinggi adalah tidak memiliki lesen memandu iaitu sejumlah 380 kes.

Dan malam tadi...
Tiada lesen memandu masih menjadi saman tertinggi yang dikesan dalam Operasi di Plaza Tol Batu, Lebuhraya Duke, malam tadi.


Dalam operasi dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ..Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, 139 penunggang motosikal dikesan tidak
mempunyai lesen memandu sah.

Sebahagian besar lagi pula didapati gagal menunjukkan cukai jalan.

Dalam operasi ini sebanyak 1,065 motosikal diperiksa dan 355 kesalahan dikesan dilakukan oleh penunggang motosikal.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK menahan enam individu termasuk seorang wanita mengandung, selepas
ujian saringan air kencing positif.

Jabatan Imigresen pula
menahan empat warga
asing yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Operasi ini bersempena Tahun Baharu Cina 2018 dan berjalan serentak di seluruh negara sejak 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 23 Februari depan.

*subscribe youtube MKL Crimedesk*

Tuesday 13 February 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR

Petaling Jaya - 13/2/2018

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP di Jalan Gasing yang menghadap ke Lebuhraya Persekutuan terbakar.


Api yang sedang marak serta asap tebal dari bangunan itu dapat dilihat dari beberapa bangunan di sekitar kawasan Petaling Jaya.


Pihak bomba menerima panggilan pada jam 11.53 pagi dan tiba di lokasi 5 minit kemudian.


Bangunan yang sudah berusia 58 tahun itu adalah mercu tanda yang terkenal bagi puluhan ribu pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya persekutuan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Pihak bomba juga masih bertungkus lumus untuk memadam kebakaran.


Perkembangan lanjut mengenai kejadian itu akan kami paparkan dari semasa ke semasa.

Sunday 11 February 2018

2 PENJENAYAH MELARIKAN 2 PETI WANG MESIN JURUWANG

Sungai Buloh - 11/2/2018

Pemilik dan pelanggan sebuah kedai runcit di Sungai Buloh, Selangor berdepan detik cemas apabila dua penjenayah melakukan samun di premis berkenaan.

Dalam kejadian itu, penjenayah yang datang dengan menunggang sebuah motosikal meluru masuk ke pasar raya berkenaan dan melepaskan dua das tembakan.


Salah satu tembakan dilepaskan di dalam premis berkenaan manakala satu lagi di luar premis yang mengenai kamera litar tertutup CCTV.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh S.Somu berkata penjenayah kemudian melarikan dua peti wang di dalam mesin juruwang yang dipercayai mempunyai wang tunai kira kira 4 ribu ringgit.


Suspek yang memakai topi keledar bertutup juga mengambil dompet seorang pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Polis kini giat memburu suspek yang didapati menggunakan nombor pendaftaran motosikal palsu dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Saturday 10 February 2018

SEPASANG KEKASIH NYARIS MAUT CUBA LARI DARI SEKATAN POLIS

Shah Alam - 10/2/2018

Ops cegah samseng jalanan terus diperhebatkan terutamanya lokasi yang menjadi sasaran berlumba dan berkumpul.

Malam tadi..  Aksi sepasang kekasih orang kurang upaya OKU yang cuba lari dari sekatan polis sehingga nyaris maut akibat terjatuh, sempat dirakamkan.


Operasi pasukan trafik IPD Shah Alam diketuai ASP Akmal Rabiatun Zaini itu dilakukan di Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira jam 1 pagi tadi.

Lebih 50 samseng jalanan diperiksa.

Ketika ditahan..  Ada yang cuba melawan arus.. Namun terjatuh kerana cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain.

Hasil sejam beroperasi..
60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.


16 buah motosikal disita kerana tidak berlesen.  Cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

Kesemua rampasan dibawa ke ipd untuk tindakan lanjut.


Operasi dihentikan berikutan hujan lebat.

13 REMAJA BAWAH UMUR POSITIF DADAH

Kuala Lumpur - 10/2/2018

Pelajar sekolah dan ibu muda bersama bayi 4 bulan antara ditahan dalam operasi Perdana dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK di sekitar hotel bajet Chow Kit, malam tadi.

Semakan mendapati ada pelajar lelaki dan perempuan yang ditahan ini sudah mengambil dadah sejak dibangku sekolah rendah.


Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ini mengaku dia selalu menginap di hotel murah bersama rakan rakannya yang lain hampir setiap minggu untuk mengambil dadah.

Malah dia mendakwa perbuatan itu diketahui oleh ibu bapanya.

Sementara itu remaja perempuan berusia 13 tahun ini sudah tidak bersekolah sejak darjah 5.


Dia ditahan ketika berada di dalam sebuah bilik bersama rakan rakannya yang lain dipercayai untuk mengambil dadah.

Malah dia mengaku kali terakhir mengambil dadah 3 hari lepas.

Dia juga sudah tidak pulang ke rumah sejak tiga hari lepas

Ketua Pengarah AADK Datuk Abdul Halim Hussain berkata ketika serbuan di sebuah hotel bajet pihaknya juga menemui seorang ibu muda bersama anaknya yang berusia 4 bulan.

Wanita berusia 29 tahun itu berada di dalam bilik berkenaan bersama rakannya dipercayai untuk mengambil dadah.

Sepanjang operasi yang berakhir 6 pagi tadi seramai 134 orang diperiksa.

Daripada jumlah itu 112 didapati positif mengambil dadah.

13 daripada yang ditahan adalah remaja dibawah umur.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Friday 9 February 2018

POLIS BANTUAN BERSAMA 28 PENJENAYAH LAIN DITAHAN DALANGI KES CULIK

Shah Alam - 8/2/2018

Polis menumpaskan kumpulan penculik yang didalangi polis bantuan dengan tertangkapnya seramai 29 individu termasuk lima wanita dalam serbuan berasingan sejak 3 Januari hingga 31 Januari lalu.

Serbuan dilakukan di sekitar Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan suspek berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pada 12 Disember tahun lalu, satu kes penculikan untuk tebusan melibatkan mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pengurus syarikat pengangkutan telah berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh.

Mangsa bagaimanapun telah dibebaskan pada 3 Januari di Bemban, Melaka setelah wang berjumlah RM500,000 yang diminta suspek telah diperoleh


Susulan itu, siasatan hasil laporan polis yang dibuat, tiga lelaki berjaya dicekup pada 3 Januari dan soal siasat kemudian membawa penahanan 26 lagi suspek.

Mazlan berkata, dalam serbuan ini sejumlah RM124,400 wang tebusan telah berjaya dirampas semula dan dua buah akaun bank berjumlah RM14,000 telah dibekukan.


Katanya, polis turut merampas sepucuk pistol palsu jenis revolver 3.8, 450 butir peluru hidup 9mm dan 40 butir peluru hidup winchester selain enam buah kenderaan jenis Proton Waja, Iswara, Ford Ranger, Perodua Myvi dan Viva.


Dalam pada itu, siasatan mendedahkan kumpulan yang aktif sejak dua tahun lalu ini didalangi seorang polis bantuan berusia 42 tahun yang bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya sejak 20 tahun lalu.

Tumpasnya kumpulan ini, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berjaya menyelesaikan enam kes samun premis pengurup wang di Lembah Klang tahun 2017, satu kes bunuh di Kuala Lumpur dan kes melarikan orang di Pulau Indah pada 2017.


Kes disiasat mengikut Akta Culik 1961 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Wednesday 7 February 2018

WARGA EMAS MAUT LANGGAR BAHAGIAN BELAKANG LORI

Kuala Lumpur - 7/2/2018

Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di kilometer 27.8 lebuhraya utara selatan petang tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 4 petang di arah utara selepas plaza tol duta.

Mangsa berusia 58 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori berkenaan yang sedang bergerak di lorong perlahan.


Difahamkan ketika kejadian cuaca baik dan keadaan jalan tidak licin.


Mangsa disahkan maut dilokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

BURUH BINAAN CUBA SERANG BUKIT AMAN DIDAKWA TERLIBAT DAESH

Kuala Lumpur - 7/2/2018

Seorang buruh binaan warga Indonesia berusia 23 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan pengganas Daesh, pertengahan bulan lalu.

Mengikut pertuduhan,  Mohd. Al-Arshy Mus Budiono didakwa memberi sokongan kepada pengganas Daesh dan memiliki beberapa barangan yang mempunyai logo bendera kumpulan militan itu seperti sebilah pisau serta sarungnya.


Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di No. 18067-Tingkat Atas, Jalan Pasir Putih, Kampung Pasir Petaling, Jalan Klang Lama di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 17 Januari lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan kes akan disebut semula pada 14 Mac ini.

Menurut laporan Utusan Online bertarikh 22 Januari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklum seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan kerana dipercayai merancang melancarkan serangan ke atas stor senjata api dan melarikan senjata di Ibu pejabat Polis Bukit Aman dan Balai Polis Travers.

Sementara itu, Mohd. Ar-Arshy turut dihukum penjara empat bulan dan  sebatan  satu kali selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan tidak memiliki pas yang sah untuk berada di negara ini.


Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran Klasik Hijau, Jalan Awan Hijau, Taman Overseas Union, Brickfields di sini kira-kira pukul 3 petang, 17 Januari lalu.


Bagi kesalahan ini, pertuduhan dibuat mengikut Seskyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan sebat tidak melebihi enam kali.

Monday 5 February 2018

SERAH DIRI DI BALAI POLIS SELEPAS DIPERCAYAI MENIKAM TEMAN WANITA

Petaling Jaya - 5/2/2018

Seorang lelaki menyerah diri di Balai Polis Damansara sejurus dipercayai menikam teman wanitanya di parkir kenderaan di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian dilakukan suspek kira-kira jam 1.30 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, selepas menikam mangsa, suspek berusia 37 tahun ini telah menyerah diri di balai polis dengan membawa mayat teman wanitanya itu di dalam kereta jenis Honda City yang dipandu suspek.

"Suspek memberitahu telah membunuh teman wanitanya berusia 35 tahun.

"Pemeriksaan polis menemui mayat mangsa dengan kesan tikaman di leher yang masih berpakaian lengkap di tempat duduk penumpang bahagian hadapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.


Mohd Zani berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga merupakan rakan sekerja suspek dibunuh menggunakan satu senjata tajam dan senjata tersebut telah ditemui di dalam kereta.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun kita percaya ia berkaitan dengan hubungan cinta mereka.

"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Katanya lagi, pihaknya akan dapatkan perintah reman terhadap suspek esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Friday 2 February 2018

USAHA CAPAI SIFAR INSIDEN KEGANASAN

Kuala Lumpur - 2/2/2018

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pasukan keselamatan mengklasifikasikan pelbagai risiko keganasan dalam usaha mencapai sasaran sifar insiden keganasan dalam sebarang acara persidangan antarabangsa yang berlangsung di negara ini.


Justeru ujar beliau, dalam usaha memastikan kelancaran berkenaan kesemua pasukan keselamatan digabungkan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Kerajaan tidak akan mengambil mudah setiap penganjuran persidangan antarabangsa dan sebarang risiko yang ada akan diklasifikasikan.

“Persidangan ini melibatkan 25,000 peserta daripada 194 negara yang mana 50 peratus daripadanya adalah deligasi luar negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Latih Amal Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang akan berlangsung pada 7 hingga 13 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.


Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan demostrasi rusuhan berkenaan yang melibatkan hampir 200 anggota keselamatan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA); Unit Pemusnah Bom; Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.