Friday 2 February 2018

USAHA CAPAI SIFAR INSIDEN KEGANASAN

Kuala Lumpur - 2/2/2018

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pasukan keselamatan mengklasifikasikan pelbagai risiko keganasan dalam usaha mencapai sasaran sifar insiden keganasan dalam sebarang acara persidangan antarabangsa yang berlangsung di negara ini.


Justeru ujar beliau, dalam usaha memastikan kelancaran berkenaan kesemua pasukan keselamatan digabungkan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Kerajaan tidak akan mengambil mudah setiap penganjuran persidangan antarabangsa dan sebarang risiko yang ada akan diklasifikasikan.

“Persidangan ini melibatkan 25,000 peserta daripada 194 negara yang mana 50 peratus daripadanya adalah deligasi luar negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Latih Amal Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang akan berlangsung pada 7 hingga 13 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.


Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan demostrasi rusuhan berkenaan yang melibatkan hampir 200 anggota keselamatan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA); Unit Pemusnah Bom; Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

No comments:

Post a Comment