Tuesday 20 February 2018

MAYAT KETIGA DITEMUI

Sungai Buloh - 20/2/2018

Mayat ketiga mangsa yang hilang ketika memancing di Sungai  Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat SAR kira-kira 12.30 tengah hari tadi.


Mangsa dikenal pasti sebagai Silawati Zailan, 31, dari Kampung Melayu Sungai Buloh, berdasarkan pengecaman anggota keluarga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 13 kilometer dari pos kawalan bomba.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


Usaha mencari dua lagi mangsa giat dilakukan.

Dua individu yang dilaporkan masih hilang setakat ini ialah Rapawi Jum’ada, 37, dan Jeleha Hashim, 48.

Semalam, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam.


Mayat Jamaluddin Rapawi, 14, pula ditemui tersangkut pada pokok pukul 1.26 pagi tadi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.

No comments:

Post a Comment