Sunday 11 February 2018

2 PENJENAYAH MELARIKAN 2 PETI WANG MESIN JURUWANG

Sungai Buloh - 11/2/2018

Pemilik dan pelanggan sebuah kedai runcit di Sungai Buloh, Selangor berdepan detik cemas apabila dua penjenayah melakukan samun di premis berkenaan.

Dalam kejadian itu, penjenayah yang datang dengan menunggang sebuah motosikal meluru masuk ke pasar raya berkenaan dan melepaskan dua das tembakan.


Salah satu tembakan dilepaskan di dalam premis berkenaan manakala satu lagi di luar premis yang mengenai kamera litar tertutup CCTV.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh S.Somu berkata penjenayah kemudian melarikan dua peti wang di dalam mesin juruwang yang dipercayai mempunyai wang tunai kira kira 4 ribu ringgit.


Suspek yang memakai topi keledar bertutup juga mengambil dompet seorang pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Polis kini giat memburu suspek yang didapati menggunakan nombor pendaftaran motosikal palsu dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

No comments:

Post a Comment