Sunday 18 February 2018

AKSI LAGAK DAN BERANI MATI MAT REMPIT

Shah Alam - 18/2/2018

Berlagak dan berani mati...  Itu antara sikap  samseng jalanan yang dikesan di dalam operasi bersepadu di Persiaran Sultan Shah Alam malam tadi.

Malah tindakan beberapa pemuda yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan dengan menongkah arah akhirnya membawa padah apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Dua daripada mereka mengalami cedera ringan.


Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bermula jam 12 malam hingga 6 pagi tadi itu berjaya menyita lebih 63 buah motosikal yang cuba diubah suai menjadi motor lumba.


Penguatkuasa Trafik IPD Shah Alam Inspektor Mohd Nazli Nordin berkata..  Kebanyakkan motosikal itu diubah suai hingga mencecah ribuan ringgit.

Dan ada antara mereka sanggup dikenakan tindakan saman asalkan motosikalnya nampak gah.

Sejumlah 380 buah motosikal dan 32 buah kenderaan diperiksa.


Hasilnya 179 saman dikeluarkan dan tiada lesen masih menjadi kesalahan tertinggi dengan 81 saman dikeluarkan.

Seorang wanita turut ditangkap kerana positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua tangkapan dibawa ke ipd shah alam untuk tindakan lanjut.


*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

No comments:

Post a Comment