Wednesday 31 January 2018

PEMUDA 23TAHUN BAWA 6 BUNGKUSAN AIR KETUM DITAHAN

Cheras - 31/1/2018

Seorang pemuda berusia 23 tahun yang membawa 6 bungkusan air ketum antara 18 yang ditahan kerana positif dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor di Plaza Tol Batu 9, Cheras, malam tadi.

Pemuda yang menunggang sebuah motosikal itu dipercayai baru selesai mengambil barang terlarang berkenaan dari kawannya di Cheras dan dalam perjalanan ke rumahnya di Bangi.


Hasil pemeriksaan menemui bungkusan itu di dalam beg yang dipakainya.

Dalam operasi yang sama, JPJ mengeluarkan sebanyak 442 saman dan memeriksa hampir 2500 buah kenderaan.


Operasi bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 12 tengah malam tadi dijayakan 172 anggota terdiri 120 pegawai dan anggota JPJ, 25 pegawai AADK, 12 anggota Polis Diraja Malaysia dan 10 pegawai Jabatan Alam Sekitar serta lima anggota dari Grand Saga.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shahruddin Khalid, berkata tiada lesen memandu mencatat jumlah kesalahan tertinggi dengan

Tiada lesen memandu mendominasi kesalahan tertinggi dengan 209 kesalahan, diikuti 155 kesalahan lesen dan insurans kenderaan tamat tempoh.


Turut dikesan, 40 kesalahan teknikal seperti tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan ubah suai kenderaan.

Selain itu, seorang pemandu berusia 44 tahun turut ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

62 notis dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Sunday 28 January 2018

MAT REMPIT DIKEPONG POLIS

Shah Alam - 28/1/2018

Di Persiaran Perbandaran Shah Alam...

Op bersepadu cegah samseng jalanan tidak ketinggalan.

Operasi bermula jam 12 malam hingga jam 2 pagi itu dilakukan unit Penguatkuasa Trafik Shah Alam diketuai Inspektor Mohd Nazli Nordin.


Lebih 100 buah kenderaan diperiksa.

Ada yang cuba membuat pusingan U ketika  ditahan..  Namun gagal setelah laluan tersebut sudah dikepong.


Dengan kekuatan 36 pegawai dan anggota termasuk bantuan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam..  Sejumlah 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Tumpuannya pada penunggang motosikal...


Tiada cermin sisi,  cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen menunggang antara kesalahan utama dikesan.

17 buah motosikal disita.


Kesemua rampasan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Friday 26 January 2018

SEKSI DAN MENGGHAIRAHKAN

Kelana Jaya - 26/1/2018

Berpakaian seksi dan mengghairahkan..  Tugasnya hanya teman dan menari dengan pelanggan. 

Jika umpan mengena..  Tugasnya sampai ke ranjang. 


Itu kegiatan 10 wanita warga asing yang ditangkap di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya malam tadi. 

Ops Noda bermula jam 9.50 malam itu digerakkan hasil intipan Bahagian Anti Maksiat D Tujuh IPK Selangor. 


Ketika serbuan..  Mereka sedang leka melanyan pelanggan. 

2 lelaki warga Bangladesh serta seorang penjaga turut ditahan.

Semakan mendapati kesemua wanita terbabit hanya menggunakan pas lawatan sosial. 

Polis akan siasat sindiket yang membekalkan wanita warga asing berkenaan.

Kes disiasat mengikut seksyen 55 b dan 3 b akta imigresen.

Operasi berakhir dua jam kemudian. 

Tuesday 23 January 2018

KEBAKARAN RUMAH PEGAWAI KASTAM DIPERCAYAI AKIBAT KHIANAT

Putrajaya - 23/1/2018

4 kenderaan di hadapan rumah Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKD di Presint 11, Putrajaya terbakar awal pagi tadi .

Kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi tadi itu, mangsa Nor Azman Mat Jini, 59, isteri, Noor Hayati Khairuddin, 57, serta anak perempuan dan menantu serta dua cucu sedang tidur .

Dua kenderaan iaitu Perodua MyVi dan Mercedes Benz milik anak perempuan dan isteri mangsa musnah sepenuhnya.

Dua lagi iaitu Honda CRV milik mangsa dan Proton Saga milik menantu mangsa terbakar di bahagian depan.


Bomba pula memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 pagi, dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.07 pagi.

Lapan anggota dengan satu jentera dikejar ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

Kebakaran dipercayai bermula dari kereta Mercedes Benz sebelum merebak ke tiga kereta lain dan mula masuk ke bahagian depan rumah.

Semua penghuni tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya keluar melalui pintu belakang rumah.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian.


Unit forensik dan dua anjing pengesan turut dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

Semua bukti yang diambil di lokasi kejadian akan dihantar ke makmal untuk diuji, dan keputusan dijangka dapat diketahui dalam minggu ini.

Monday 22 January 2018

PDRM TAHAN DUA INDIVIDU DISYAKI TERLIBAT MILITAN DAESH

Kuala Lumpur - 22/1/2018

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan Daesh hasil serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek warga Indonesia yang ditahan merancang melancarkan serangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Balai Polis Travers untuk merampas bekalan senjata api.



Seorang guru berusia 25 tahun yang pernah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sebelum dibebaskan pada November 2016, ditahan lagi kerana merancang melancarkan serangan ke atas pusat-pusat hiburan di Lembah Klang.

Sunday 21 January 2018

17 SAMSENG JALANAN DICEKUP

Shah Alam - 21/1/2018

Leka beraksi di lebuhraya sampai tidak menyedari ada mata memandang.

Padahnya 17 samseng jalanan dicekup.

Ia hasil pemantauan  dilakukan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman sejak jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.


Beberapa laluan di sekitar lebuhraya NKVE berdekatan Bukit Raja, Klang dikenalpasti antara kawasan sering menjadi tumpuan mat rempit berlumba pada malam minggu.

Kumpulan mat rempit yang terbahagi beberapa kumpulan ini didapati tanpa rasa takut berlumba sesama sendiri selain menunjukkan aksi lagak ngeri termasuk melakukan “superman”.

Pada mulannya pegawai dan anggota JSPT Bukit Aman hanya memerhatikan gelagat mereka dari jauh dan mengenalpasti motosikal dan nombor pendaftaan mereka.

Selepas kumpulan itu berpecah dan berhenti di beberapa lokasi, anggota JSPT terus mengepung kawasan terbabit dan menahan mereka.


Dalam operasi ini 17 mat rempit berusia seawal usia 16 tahun hingga 22 tahun ditangkap.

10 motosikal yang digunakan untuk merempit juga disita.

Sepanjang operasi ini, polis mengeluarkan 60 saman bagi pelbagai kesalahan.

Jika disabit kesalahan dibawah seksyen 42 (1) boleh dipenjara sehingga 5 tahun atau denda tidak melebihi rm15,000 atau keduanya sekali.

Kesemua tangkapan dan motosikal yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Saturday 20 January 2018

PENUBUHAN SKUAD JEJAK ASNAF BAITUMAL MULA MENAMPAKKAN HASIL

Kuala Lumpur - 20/1/2018

Penubuhan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP sejak 2014 mula menampakkan hasil.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
MAIWP, Mohd Ajib Ismail berkata sejak program itu dijalankan golongan gelandangan yang disasarkan skuad itu di ibu kota semakin berkurangan.


Ini kerana pelbagai program bantuan telah disalurkan kepada mereka yang layak termasuk menyediakan kemudahan rumah transit terutama kepada gelandangan yang mempunyai keluarga serta anak anak kecil.

Mohd Ajib berkata aktiviti menjejaki gelandangan yang berkelayakan  itu  dilakukan sebanyak sekali atau dua kali dalam satu bulan.


Seawal jam 4 pagi tadi skuad jejak asnaf bersama  pengurus Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP Ustaz Mohd Nizam ini melakukan rondaan di 5 kawasan tumpuan gelandangan di sekitar ibu negara.

Antaranya di Alkaria Chow Kit, Masjid Negara,Kolej Segi, dan kawasan Masjid Jamek.


Bagaimanapun pemeriksaan mendapati tiada golongan gelandangan yang berkelayakan menerima bantuan daripada Baitulmal ditemui kerana sudah banyak bantuan sebelum ini.

Walaupun tidak banyak lagi kes golongan gelandangan beragama islam di ibu negara yang memerlukan bantuan..skuad berkenaan tekad akan terus menjejaki kumpulan yang layak itu pada masa depan.

Friday 19 January 2018

333 SAMAN DIKELUARKAN

Sepang - 18/1/2018

Tindakan sesetengah individu yang suka letak  kenderaan di bahu jalan dan di kawasan larangan sekitar jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA... Dilihat menyusahkan pengguna jalan lain serta mengundang berlakunya kemalangan jalan raya.


Ekoran itu..  Satu operasi Penguatkuasaan Dan Halangan Lalulintas dilakukan Bahagian Trafik IPD KLIA malam tadi.

Sejumlah 333 helai saman dikenakan kepada pemilik kenderaan yang ingkar atas pelbagai kesalahan trafik.

Operasi bermula jam 9 hingga 12 malam itu dikuatkuasakan dengan 25 orang pegawai dan anggota trafik termasuk unit MPV dan Unit Ronda Motorsikal.



Ketua Polis Daerah KLIA ACP Zulkifli Adamsah berkata kenderaan yang sengaja berhenti di kawasan larangan parkir juga ditunda dan dikenakan saman dengan jumlah kompaun maksima sebanyak 300 ringgit.

Malah pemandu kenderaan juga telah diberi nasihat supaya menggunakan kemudahan tempat menunggu percuma yang telah disediakan olih pihak MAHB.


Statistik 2017 merekodkan sebanyak 1308 kes kemalangan telah berlaku di jalan persekitaran KLIA dan klia2.

Manakala 4 kes melibatkan kemalangan maut.

Dalam operasi ini juga pihak polis telah mengesan sebuah kenderaan yg dilaporkan hilang di Daerah Serdang pada 17 oktober tahun lepas.

Kenderaan jenis Proton Iriz warna putih dipandu olih seorang warga asing telah ditahan utk tindakan lanjut.

Tuesday 16 January 2018

OPERASI TUMPU REMAJA MEREMPIT

Klang - 15/1/2018

PDRM terus memperhebatkan operasi banteras samseng jalanan terutamanya di kalangan remaja.

Lebuhraya Grand Shapadu dan Tanjung Harapan antara lokasi panas yang dikesan menjadi tumpuan samseng jalanan berlumba.

Atas maklumat dan risikan..  7 pegawai dan 75 anggota polis IPD Klang Utara mengepung laluan berkenaan.


Operasi bermula jam 4 petang semalam berhasil selepas memeriksa 102 buah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata.. Lokasi terbabit sering menjadi tumpuan remaja berlumba haram tidak kira masa.

Malah ada yang datang dari luar kawasan semata-mata untuk menunjuk lagak dengan menunggang motosikal secara merbahaya dan pelbagai aksi.

Ia sekaligus menganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat.

Dalam operasi itu..  124 saman dikeluarkan.. Dan kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu dan cukai jalan.


108 individu diperiksa dan 25 buah motosikal disita.

Kesemua tangkapan dibawa ke ipd klang utara untuk tindakan lanjut.

SAMSENG JALANAN MENGGANAS

Shah Alam - 15/1/2018

Seorang anggota polis trafik IPD Shah Alam cedera dirempuh sekumpulan  samseng jalanan dalam ops bersepadu samseng jalanan  di pesiaran shah alam awal pagi tadi.

Akibat rempuhan itu, anggota trafik terbabit mengalami kecederaan di tangan.

Dalam operasi  selama 4 jam yang berakhir kira kira jam 4 pagi, di km 11.6  susur masuk shah alam menghala Kuala Lumpur itu  turut menahan pelajar IPT yang cedera ketika membuat pusingan U.


Lensa kamera yang menyertai ops sempat  merakamkan sikap agresif anak muda menunggang motosikal.

Hasilnya, lebih 100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

57 darinya disita kerana tidak memiliki lesen , cukai jalan tamat tempoh dan terbabit dengan kes curi motosikal.


Kesemua yang ditahan dibawa ke ipd shah alam untuk tindakan lanjut.

Polis yakin dengan kekerapan operasi di kawasan hot spot mat rempit  mampu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya sekali gus mendidik menunggang lebih berhemah di jalanraya.

Saturday 13 January 2018

TANAM BOM DI PERKARANGAN KONDOMINIUM

Brickfields - 13/1/2018

Gara-gara takut terima status syarikat muflis ... Seorang lelaki bertindak mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua dengan dipercayai bom tangan.

Namun ugutan yang berkali-kali itu memaksa rakannya membuat laporan polis dan sekaligus menahan suspek bersama sebutir bom yang dipercayai bom tangan yang ditemui di perkarangan sebuah kondominium dekat jalan kuchai lama.


Suspek berusia 30an itu ditangkap di lokasi kejadian pada jam 11 pagi hasil intipan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP roslan Khalid berkata.. Unit pemusnah bom dan unit pengesan anjing k9 dikejarkan ke lokasi kejadian.


Kawasan kondominium berkenaan turut dikuarantin bagi menjamin keselamatan.

Sebutir objek dipercayai bom tangan ditemui tertanam di perkarangan kondominium berkenaan.

Setakat ini motif sebenar dalam siasatan dan menolak andaian kejadian melibatkan pengganas.

Kes disiasat mengikut seksyen 7 akta senjata api.

Friday 12 January 2018

ANGGOTA POLIS ANTARA DALANG SINDIKET PENGEDARAN DADAH

Kuala Lumpur - 12/1/2018

8 individu termasuk seorang wanita dan seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditangkap dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bharu.

Kesemua suspek berusia 32 hingga 58 tahun ditahan dalam 6 serbuan berasingan pada rabu dan khamis lepas.

Pengarah jabatan siasatan jenayah narkotik datuk seri mohmad salleh berkata dalam serbuan bahagian sting bukit aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai 721 ribu ringgit.


50 biji peluru hidup jenis 9mm turut ditemui.

Nilai kesemua sitaan mencecah 2.73 juta ringgit.



Sindiket didapati mengedar dadah jenis syabu,  ketamin,  ganja,  eramin 5 dan ekstasi.



Suspek direman 7 hari dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 117 kanun prosedur jenayah dan seksyen 39 b akta dadah berhaya 1952.

Monday 8 January 2018

JIM SELANGOR GEMPUR PASAR BASAH SRI MUDA

Shah Alam - 8/1/2018

Dua hari lepas kejadian seorang peniaga barangan kosmetik diserang sekumpulan warga asing hingga maut.

Rentetan itu..  Sepasukan Jabatan Imigresen Selangor dan Putrajaya mengempur pasar basah menerusi Ops Ikrar Seksyen 25 Shah Alam, Selangor siang tadi.



Kawasan itu dikenalpasti menjadi tumpuan dan kebanjiran warga asing termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kawasan itu dikepung kira kira jam 2 petang tadi.

Lebih 120 warga asing diperiksa.

Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri Selangor Mohd Rawi Che Mat... Hasil operasi ini, 69 warga asing termasuk 53 lelaki dan 16 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.



Ada yang cuba berlakon menjadi warga tempatan..  Namun terkedu bila disuruh menyanyikan lagu Negaraku.

Rata-rata mereka warga Indonesia, Nepal bangladesh dan Myanmar bekerja di pasar basah, kedai runcit dan kedai makan.

Semakan mendapati ada diantara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan melakukan pelbagai kesalahan imigresen yang lain.

Kesemua tangkapan dibawa ke depoh tahanan sementara di Pejabat Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut.

Saturday 6 January 2018

LAGI SUSPEK SAMUN KEDAI EMAS DITEMBAK MATI

Petaling Jaya - 6/1/2018

Dalam kejadian berasingan seorang lagi suspek kes samun kedai emas turut ditembak mati.

Sebelum itu, suspek berusia 33 tahun dikesan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan PJS 9, Bandar Sunway.

Apabila Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang STAFOC  mengarahkan suspek untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama.

Polis cuba mengejar suspek .


Namun dia melepaskan tembakan menyebabkan anggota polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memiliki rekod dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.

Polis turut menemui sepucuk pistol dan satu revolver di dalam kenderaan dinaiknya.

Semakan juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan jenayah dan tiga kali dijatuhi hukuman buang daerah.

SUSPEK KES SAMUN KEDAI EMAS MATI DITEMBAK

Cheras - 6/1/2018

Salah seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Taman Connought, Cheras, malam tadi.

Suspek rakyat tempatan berusia 22 tahun sebelum itu dikesan memandu sebuah kereta jenis PERODUA Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan  Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat, kira-kira jam 10.30 malam.


Polis kemudian mengarahkan lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.

Ketika hendak diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan menembak ke arah polis dari arah kenderaannya..

Polis kemudian membalas tembakan suspek bagi mempertahankan diri berikutan kerana tindakan suspek yang mengancam keselamatan pegawai dan anggota.

Katanya, tembakan yang dilepaskan itu dipercayai mengenai suspek dan pemeriksaan polis di dalam kenderaan terbabit mendapati dia sudah meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan awal polis di dalam kenderaan itu menemui sepucuk pistol digunakan suspek.


Hasil semakan mendapati suspek yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.

Thursday 4 January 2018

TAWAR KHIDMAT GRO ASING

Klang - 4/1/2018

TAK BERLESEN DAN BERANI TAWAR GRO ASING UNTUK LARISKAN PERNIAGAAN.

MODES OPERANDI LAPUK SEBUAH PUSAT HIBURAN DI BANDAR BAYU TINGGI KLANG INI AKHIRNYA TERBONGKAR SELEPAS DISERBU POLIS MALAM TADI.

HASIL SERBUAN, 12 WANITA WARGA ASING DIPERCAYAI GRO DITANGKAP.



EMPAT DARINYA WARGA CAMBODIA DAN 8 VIETNAM YANG BERUSIA LINGKUNGAN 20 HINGGA 30 AN HANYA MENGGUNAKAN PASPOT.

TURUT DITAHAN SEORANG PENJAGA LELAKI TEMPATAN.

MENURUT PEGAWAI TURUT D TUJUH IPK SELANGOR DSP NORHIZAM BAHAMAN, KEGIATAN ITU DIKESAN HASIL INTIPAN SEJAK SEBULAN LALU.

SERBUAN JAM 11.30 MALAM, TURUT MEMERIKSA LEBIH 20 PELANGGAN.

SEJUMLAH WANG TUNAI HAMPIR 3 RIBU RINGGIT, SATU UNIT MONITOR, SATU UNIT DVD, SATU UNIT SPEAKER, SATU UNIT AMPLIFIER DIRAMPAS.



KESEMUA TANGKAPAN DIBAWA KE IPD KLANG SELATAN UNTUK SIASATAN LANJUT.


POLIS BONGKAR MAKMAL KETUM

Kuala Lumpur - 3/1/2018

Ubat alternatif untuk hilang ketagihan mat gian...

Itu alasan lapuk digunakan sindiket pengedaran dan penjualan air ketum yang ditumpaskan polis baru-baru ini.


4 lelaki berusia 21 hingga 56 tahun itu ditangkap di taman setapak ibu negara isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata...  Sindiket terbabit ditangkap bersama 96 plastik dipenuhi daun ketum, 217 bungkusan air ketum dan 20 kilogram daun ketum yang belum diproses di dalam baldi.

Siasatan mendapati sindiket cuba menjual kepada mat gian di sekitar ibu negara terutamanya di kawasan wangsa maju.

Bekalan daun terbabit didapati dari negeri sebelah utara yang dibawa melalui pengangkutan bas ekspres dalam kuantiti mencecah 50 hingga 60 kilogram sekali perjalanan.



Risikan juga percaya kegiatan itu beroperasi lebih 3 bulan.

Suspek direman 7 hari sehingga 7 januari dan siasatan dijalankan mengikut seksyen 117 kanun acara jenayah.

Monday 1 January 2018

BARANG KEMAS BERNILAI RM1.5JUTA DILARIKAN

Cheras - 31/12/2017

TAK SAMPAI EMPAT MINIT, 6 PEROMPAK BERSENJATAKAN PISTOL DAN TUKUL MELARIKAN LEBIH LIMA DULANG BARANG KEMAS DIPERCAYAI BERNILAI SATU PERPULUHAN LIMA JUTA RINGGIT DI PUSAT MEMBELI BELAH LEISURE MALL,  CHERAS MALAM TADI.


KEJADIAN BERLAKU KIRA KIRA JAM 8.30 MALAM TADI KETIKA RAMAI PENGUNJUNG SIBUK MEMBELI BELAH.

INSIDEN PANTAS ITU MENCETUSKAN PANIK KAKITANGAN DAN PENGUNJUNG BERHAMPIRAN PREMIS TERBABIT.

TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH CHERAS SUPRITENDEN ISMADI BORHAN MASIH BERADA DILOKASI KEJADIAN DAN SEDANG MENELITI RAKAMAN KAMERA LITAR TERTUTUP CCTV.

JELAS SEKALI,  KE ENAM2 PEROMPAK MEMAKAI TOPI KELEDAR PENUH MUKA.



OPS TUTUP GIAT DIJALANKAN BAGI MENGESAN PENJENAYAH TERBABIT.

ROLLS ROYCE ANTARA 20 KENDERAAN DISITA

Kuala Lumpur - 31/12/2017

KERETA MEWAH ROLLS ROYCE DIPERCAYAI MILIK SEORANG AHLI PERNIAGAAN KOSMETIK, ANTARA 20 KENDERAAN DISITA .

IA HASIL OP PATUH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN JPJ DI JALAN BANGSAR, MALAM TADI.



DALAM OPERASI ITU, KERETA MEWAH BERKENAAN YANG DISEWA WARGANEGARA AUSTRALIA ITU DISITA KIRA-KIRA 11 MALAM KERANA KESALAHAN KAWASAN PENGISYTIHARAN PENGGUNAAN LESEN KENDERAAN MOTOR LKM.

PEMERIKSAAN JPJ MELALUI SISTEM JABATAN ITU MENDAPATI KERETA BERKENAAN DIDAFTARKAN ATAS NAMA DATUK SERI ALIFF SYUKRI.

TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI JPJ DATUK WAN AHMAD UZIR WAN SULAIMAN BERKATA SELAIN KESALAHAN BERKENAAN KENDERAAN BERKENAAN TURUT DISAMAN KERANA NOMBOR PLAT TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI.

KERETA MEWAH ITU MENGGUNAKAN LKM SARAWAK DENGAN HARGA 5 RIBU RINGGIT IAITU JAUH LEBIH MURAH BERBANDING LKM YANG PATUT DIGUNAKAN.

SIASATAN MENDAPATI HARGA SEBENAR LKM YANG PERLU DIBAYAR KIRA-KIRA 20 RIBU RINGGIT.

SEPANJANG OPERASI BERKENAAN SEBANYAK 2,080 KENDERAAN DIPERIKSA DALAM OPERASI DI JALAN BANGSAR DAN JALAN GENTING KLANG.



SEBANYAK 297 KENDERAAN DIKENAKAN TINDAKAN KERANA PELBAGAI KESALAHAN, ANTARANYA MENGGUNAKAN NOMBOR PLAT TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI, LKM TAMAT
TEMPOH DAN TIADA LESEN MEMANDU.



OPERASI  MEMBABITKAN 170 ANGGOTA DAN PEGAWAI TURUT MEMBABITKAN  POLIS DIRAJA MALAYSIA ...JABATAN IMIGRESEN DAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA