Sunday 21 January 2018

17 SAMSENG JALANAN DICEKUP

Shah Alam - 21/1/2018

Leka beraksi di lebuhraya sampai tidak menyedari ada mata memandang.

Padahnya 17 samseng jalanan dicekup.

Ia hasil pemantauan  dilakukan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman sejak jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.


Beberapa laluan di sekitar lebuhraya NKVE berdekatan Bukit Raja, Klang dikenalpasti antara kawasan sering menjadi tumpuan mat rempit berlumba pada malam minggu.

Kumpulan mat rempit yang terbahagi beberapa kumpulan ini didapati tanpa rasa takut berlumba sesama sendiri selain menunjukkan aksi lagak ngeri termasuk melakukan “superman”.

Pada mulannya pegawai dan anggota JSPT Bukit Aman hanya memerhatikan gelagat mereka dari jauh dan mengenalpasti motosikal dan nombor pendaftaan mereka.

Selepas kumpulan itu berpecah dan berhenti di beberapa lokasi, anggota JSPT terus mengepung kawasan terbabit dan menahan mereka.


Dalam operasi ini 17 mat rempit berusia seawal usia 16 tahun hingga 22 tahun ditangkap.

10 motosikal yang digunakan untuk merempit juga disita.

Sepanjang operasi ini, polis mengeluarkan 60 saman bagi pelbagai kesalahan.

Jika disabit kesalahan dibawah seksyen 42 (1) boleh dipenjara sehingga 5 tahun atau denda tidak melebihi rm15,000 atau keduanya sekali.

Kesemua tangkapan dan motosikal yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Shah Alam untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment