Tuesday 23 January 2018

KEBAKARAN RUMAH PEGAWAI KASTAM DIPERCAYAI AKIBAT KHIANAT

Putrajaya - 23/1/2018

4 kenderaan di hadapan rumah Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKD di Presint 11, Putrajaya terbakar awal pagi tadi .

Kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi tadi itu, mangsa Nor Azman Mat Jini, 59, isteri, Noor Hayati Khairuddin, 57, serta anak perempuan dan menantu serta dua cucu sedang tidur .

Dua kenderaan iaitu Perodua MyVi dan Mercedes Benz milik anak perempuan dan isteri mangsa musnah sepenuhnya.

Dua lagi iaitu Honda CRV milik mangsa dan Proton Saga milik menantu mangsa terbakar di bahagian depan.


Bomba pula memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 pagi, dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.07 pagi.

Lapan anggota dengan satu jentera dikejar ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

Kebakaran dipercayai bermula dari kereta Mercedes Benz sebelum merebak ke tiga kereta lain dan mula masuk ke bahagian depan rumah.

Semua penghuni tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya keluar melalui pintu belakang rumah.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian.


Unit forensik dan dua anjing pengesan turut dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

Semua bukti yang diambil di lokasi kejadian akan dihantar ke makmal untuk diuji, dan keputusan dijangka dapat diketahui dalam minggu ini.

No comments:

Post a Comment