Saturday 20 January 2018

PENUBUHAN SKUAD JEJAK ASNAF BAITUMAL MULA MENAMPAKKAN HASIL

Kuala Lumpur - 20/1/2018

Penubuhan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP sejak 2014 mula menampakkan hasil.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
MAIWP, Mohd Ajib Ismail berkata sejak program itu dijalankan golongan gelandangan yang disasarkan skuad itu di ibu kota semakin berkurangan.


Ini kerana pelbagai program bantuan telah disalurkan kepada mereka yang layak termasuk menyediakan kemudahan rumah transit terutama kepada gelandangan yang mempunyai keluarga serta anak anak kecil.

Mohd Ajib berkata aktiviti menjejaki gelandangan yang berkelayakan  itu  dilakukan sebanyak sekali atau dua kali dalam satu bulan.


Seawal jam 4 pagi tadi skuad jejak asnaf bersama  pengurus Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP Ustaz Mohd Nizam ini melakukan rondaan di 5 kawasan tumpuan gelandangan di sekitar ibu negara.

Antaranya di Alkaria Chow Kit, Masjid Negara,Kolej Segi, dan kawasan Masjid Jamek.


Bagaimanapun pemeriksaan mendapati tiada golongan gelandangan yang berkelayakan menerima bantuan daripada Baitulmal ditemui kerana sudah banyak bantuan sebelum ini.

Walaupun tidak banyak lagi kes golongan gelandangan beragama islam di ibu negara yang memerlukan bantuan..skuad berkenaan tekad akan terus menjejaki kumpulan yang layak itu pada masa depan.

No comments:

Post a Comment