Tuesday 30 May 2017

MENGAMUK DAN MENUMBUK CERMIN KEDAI KOMPUTER

PUDU - 29/05/2017

Tindakan seorang lelaki yang menumbuk cermin sebuah kedai komputer di Pudu Ulu, pagi isnin, membawa padah apabila dia mati kerana akibat kehilangan darah.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam keadaan mabuk dilaporkan bertengkar dengan dua rakannya termasuk seorang wanita semasa melalui pusat perniagaan di Blok C, Alamanda Pudu UIu, Jalan Cheras.

Akibat rasa tidak puas hati, dua rakannya meninggalkan lelaki terbabit sebelum dia dipercayai mengamuk dan menumbuk cermin kedai komputer sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian tangannya.

Lelaki terbabit kemudian dilaporkan meminta bantuan orang ramai namun tiada seorang pun yang dilaporkan berada di kawasan berkenaan sebelum dia ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah sekitar jam 7 pagi.



Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, kesan darah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, itu membasahi lantai dari kedai komputer yang dipecahkannya sehingga lokasi dia terbaring.

Semasa ditemui, mangsa dilaporkan sudah tidak bernyawa oleh pembantu perubatan dipercayai akibat kehilangan banyak darah.

Setakat ini kes berkenaan disiasat mengikut kematian mengejut (SDR).

Monday 22 May 2017

OPS SAMSENG JALANAN

KLANG UTARA - 22/05/2017

LAGAK SAMSENG YANG MENJENGKELKAN PENDUDUK SETEMPAT BERAKHIR SELEPAS KEGIATAN ITU MENDAPAT PERHATIAN POLIS.

BUKTINYA... KIRA-KIRA 471 PENGGUNA JALAN RAYA TERMASUK REMAJA DIPERIKSA DALAM OPS SAMSENG JALANAN DEKAT LEBUHRAYA GRANN SHAPADU DAN TANJUNG HARAPAN MALAM TADI.

OPERASI MENGEJUT  BERMULA JAM 5 PETANG ITU DIGERAKKAN DENGAN KEKUATAN 5 PEGAWAI DAN 60 ANGGOTA DARI IPD KLANG UTARA.

KETUA SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KLANG UTARA ASP MUHAMMAD IRWANI NOORULDIN BERKATA... AKTIVITI LUMBA HARAM ITU TURUT DISERTAI REMAJA BAWAH UMUR DAN DIPERCAYAI DILAKUKAN HAMPIR SETIAP PETANG SEHINGGA MENGANGGU PENGGUNA JALAN LAIN.

KETIKA CUBA DITAHAN... ADA YANG BERTINDAK MELAWAN ARUS.

NAMUN TINDAKAN ITU BERJAYA DIPINTAS.

SOAL SIASAT KE ATAS BEBERAPA REMAJA YANG DITAHAN MENDAPATI PELBAGAI MACAM ALASAN DIBERI.

HASIL OPERASI.. SEJUMLAH 430 KENDERAAN DIPERIKSA...




DENGAN SAMAN SEBANYAK 362 HELAI KELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN.

MANAKALA 45 BUAH MOTOSIKAL DISITA.

ANTARA KESALAHAN TERTINGGI ... TIADA LESEN MEMANDU DAN NOMBOR PENDAFTARAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI.

SEORANG PEMUDA TURUT DICEKUP KERANA MENGGUNAKAN NOMBOR PLAT PALSU.

KESEMUA TAHANAN BERUSIA 13 HINGGA 26 TAHUN ITU DIBAWA KE IPD KLANG UTARA UNTUK TINDAKAN LANJUT.

OPERASI SELESAI JAM 11 MALAM TADI.

Thursday 11 May 2017

EMPAT ANGGOTA GENG CIVIC DITEMBAK MATI

WANGSA MAJU - 11/05/2017

Empat  penjenayah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil samun, malah kesemua mereka ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berlaku di hadapan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur siang tadi.

Suspek yang juga anggota Geng Civic didapati bergerak aktif dalam kejadian samun di sekitar Sri Rampai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata, berkata kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari ketika mangsa seorang lelaki warga China diekori empat penjenayah terbabit.

Penjenayah terbabit kemudian merampas beg mangsa mengandungi wang tunai 40 ribu ringgit sebaik lelaki 30 an itu keluar dari "grab-car".

Seorang suspek ditemui terbaring di jalan raya,




Dua di tempat duduk hadapan dan seorang di tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic berwarna perak.

Pemeriksaan lanjut polis menemui dua pucuk pistol jenis Revolver dan dua bilah parang.

Identiti kesemua suspek masih disiasat namun polis percaya mereka aktif melakukan jenayah samun sekitar ibu negara dan Selangor.

Mangsa mengalamai kecederaan di pergelangan tangan.

Mayat empat penjenayah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Tuesday 9 May 2017

GENG SAMUN DALAM RUMAH TUMPAS

SHAH ALAM - 09/05/2017

Polis mengesahkan empat penjenayah yang ditahan termasuk seorang lagi yang mati selepas terjatuh bangunan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Setia Alam, 5 Mei lalu aktif melakukan samun dalam rumah di sekitar Shah Alam.

Modus operandi penjenayah itu adalah melakukan samun secara berkumpulan pada awal pagi dan mensasarkan kawasan perumahan elit .

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata suspek akan menggunakan senjata seperti pisau dan parang untuk menakutkan mangsa .

Dengan kejayaan menangkap suspek itu polis berjaya menyelesaikan sekurang kurangnya 5 kes samun berkumpulan dan pecah rumah yang melibatkan kerugian lebih 100 ribu ringgit.

Kesemua 4 suspek yang ditahan direman sehingga Jumaat ini sebelum dihadapkan ke mahkamah .

Dalam kejadian jam 2.30 pagi 5 Mei lepas, sepasukan anggota polis menyerbu sebuah unit kediaman pangsapuri Setia Alam selepas menerima maklumat mengenai tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu.

Ketika serbuan di tingkat 11 pangsapuri ..seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam ditahan manakala dua lagi melarikan diri dengan memanjat keluar menerusi tingkap rumah .

Salah seorang suspek kemudiannya terjatuh ke aras bawah bangunan dan disahkan mati.



Pemeriksaan di rumah suspek di tingkat 11 ..menjumpai sepucuk pistol, 2 butir bom buatan sendiri...satu beg berisi telefon pintar serta peralatan pecah rumah dan samun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.