Tuesday 9 May 2017

GENG SAMUN DALAM RUMAH TUMPAS

SHAH ALAM - 09/05/2017

Polis mengesahkan empat penjenayah yang ditahan termasuk seorang lagi yang mati selepas terjatuh bangunan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Setia Alam, 5 Mei lalu aktif melakukan samun dalam rumah di sekitar Shah Alam.

Modus operandi penjenayah itu adalah melakukan samun secara berkumpulan pada awal pagi dan mensasarkan kawasan perumahan elit .

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata suspek akan menggunakan senjata seperti pisau dan parang untuk menakutkan mangsa .

Dengan kejayaan menangkap suspek itu polis berjaya menyelesaikan sekurang kurangnya 5 kes samun berkumpulan dan pecah rumah yang melibatkan kerugian lebih 100 ribu ringgit.

Kesemua 4 suspek yang ditahan direman sehingga Jumaat ini sebelum dihadapkan ke mahkamah .

Dalam kejadian jam 2.30 pagi 5 Mei lepas, sepasukan anggota polis menyerbu sebuah unit kediaman pangsapuri Setia Alam selepas menerima maklumat mengenai tempat persembunyian kumpulan penjenayah itu.

Ketika serbuan di tingkat 11 pangsapuri ..seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam ditahan manakala dua lagi melarikan diri dengan memanjat keluar menerusi tingkap rumah .

Salah seorang suspek kemudiannya terjatuh ke aras bawah bangunan dan disahkan mati.



Pemeriksaan di rumah suspek di tingkat 11 ..menjumpai sepucuk pistol, 2 butir bom buatan sendiri...satu beg berisi telefon pintar serta peralatan pecah rumah dan samun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

No comments:

Post a Comment