Thursday 11 May 2017

EMPAT ANGGOTA GENG CIVIC DITEMBAK MATI

WANGSA MAJU - 11/05/2017

Empat  penjenayah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil samun, malah kesemua mereka ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berlaku di hadapan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur siang tadi.

Suspek yang juga anggota Geng Civic didapati bergerak aktif dalam kejadian samun di sekitar Sri Rampai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata, berkata kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari ketika mangsa seorang lelaki warga China diekori empat penjenayah terbabit.

Penjenayah terbabit kemudian merampas beg mangsa mengandungi wang tunai 40 ribu ringgit sebaik lelaki 30 an itu keluar dari "grab-car".

Seorang suspek ditemui terbaring di jalan raya,




Dua di tempat duduk hadapan dan seorang di tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic berwarna perak.

Pemeriksaan lanjut polis menemui dua pucuk pistol jenis Revolver dan dua bilah parang.

Identiti kesemua suspek masih disiasat namun polis percaya mereka aktif melakukan jenayah samun sekitar ibu negara dan Selangor.

Mangsa mengalamai kecederaan di pergelangan tangan.

Mayat empat penjenayah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

No comments:

Post a Comment