Tuesday 30 May 2017

MENGAMUK DAN MENUMBUK CERMIN KEDAI KOMPUTER

PUDU - 29/05/2017

Tindakan seorang lelaki yang menumbuk cermin sebuah kedai komputer di Pudu Ulu, pagi isnin, membawa padah apabila dia mati kerana akibat kehilangan darah.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berada dalam keadaan mabuk dilaporkan bertengkar dengan dua rakannya termasuk seorang wanita semasa melalui pusat perniagaan di Blok C, Alamanda Pudu UIu, Jalan Cheras.

Akibat rasa tidak puas hati, dua rakannya meninggalkan lelaki terbabit sebelum dia dipercayai mengamuk dan menumbuk cermin kedai komputer sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian tangannya.

Lelaki terbabit kemudian dilaporkan meminta bantuan orang ramai namun tiada seorang pun yang dilaporkan berada di kawasan berkenaan sebelum dia ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah sekitar jam 7 pagi.



Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, kesan darah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, itu membasahi lantai dari kedai komputer yang dipecahkannya sehingga lokasi dia terbaring.

Semasa ditemui, mangsa dilaporkan sudah tidak bernyawa oleh pembantu perubatan dipercayai akibat kehilangan banyak darah.

Setakat ini kes berkenaan disiasat mengikut kematian mengejut (SDR).

No comments:

Post a Comment