Monday 10 April 2017

RAMPAS TANDUK BADAK SUMBU RM13.67 JUTA

SEPANG - 10/04/2017

Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA mematahkan cubaan sindiket menyeludup tanduk badak sumbu terbesar di negara ini , tiga hari lepas.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata 18 tanduk badak sumbu seberat 51.4 kilogram dengan nilai lebih 13 juta ringgit ditemui di dalam kotak kayu yang tiba di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA.

Kotak kayu itu tiba menerusi penerbangan Qatar Airways dari Mozambique dan transit di Doha, Qatar sebelum ke KLIA.

Kastam melakukan pemeriksaan dan rampasan berdasarkan maklumat setelah mengesyaki sebuah kotak kayu membawa barang larangan.

Siasatan awal mendapati tanduk badak sumbu yang dirampas itu diikrarkan sebagai surat muatan udara .

Alamat yang digunakan juga adalah palsu.

Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk



No comments:

Post a Comment