Friday 7 April 2017

DADAH DALAM BUNGKUSAN BAJU

NILAI - 07/04/2017

Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 15.56 kilogram dadah Methamphetamine atau syabu bernilai 1.09 juta ringgit yang disorok dalam bungkusan kemeja T .

Ia hasil sebuan di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor, Rabu lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan dilakukan  hasil maklumat orang awam.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui dadah dalam bungkusan plastik yang disembunyikan dalam setiap helai kemeja-t yang ditemui dalam tujuh kotak bungkusan pakaian .

Ia dipercayai dibawa dari Dhaka, Bangladesh.

Dadah itu dibawa melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan kemudian dihantar ke sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi.

Dalam serbuan itu, tiga lelaki warga India berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditangkap.

JKDM masih menyiasat sama ada dadah itu untuk pasaran tempatan atau hanya transit di negara ini.

Suspek   warga India direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Video penuh layari Youtube MKL Crimedesk : https://www.youtube.com/user/MKLcrimedesk



No comments:

Post a Comment