Friday 18 May 2018

JSJK RAMPAS 284 KOTAK MENGANDUNGI BEG TANGAN BERJENAMA

Kuala Lumpur - 18/5/2018

Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang ibu negara, tengah malam tadi.

Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad.

Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri, belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan, namun mengesahkan jumlahnya besar.

JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.

Lokasi lain yang turut diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian Datuk Seri Najib Razak.


Amar Singh berkata pihaknya turut merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan itu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.

Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium berkenaan.

Bagaimanapun indentiti pemilik kondominium mewah itu tidak didedahkan namun ianya ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

Jelasnya.. Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti.

Amar Singh berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Amar Singh berkata, pihaknya menjalankan tugas secara profesional...

Ia menjawab mengenai dakwaan  peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuninya.

Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam tadi.

No comments:

Post a Comment