Sunday 20 May 2018

SEORANG MAUT DITEMBAK, 4 DIBERKAS, 2 LAGI MASIH DIBURU

Kuala Lumpur - 20/5/2018

Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati selepas cuba melibas anggota polis yang cuba menangkapnya dengan parang.

Terdahulu suspek bersama 4 rakannya yang lain itu cuba melarikan diri selepas terlibat dengan kes samun dalam penipuan tukaran mata wang asing.


Siasatan mendapati kerugian akibat jenayah dilakukan kumpulan itu lebih 11.7 juta ringgit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kejadian berbalas tembakan itu berlaku di Jalan Memanda 2, Ampang awal pagi semalam.


Dalam kejadian 2.50 pagi itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 Kuala Lumpur sedang melakukan rondaan.

Mereka kemudian terlihat seorang lelaki meminta tolong dan memaklumkan dirinya dirompak di Jalan Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Anggota terbabit kemudian mengejar lima lelaki yang melarikan diri dengan sebuah Toyota Vios.


Ketika cuba ditahan, salah seorang suspek menyerang pihak polis sehingga menyebabkan polis melepaskan empat das tembakan.

Suspek maut di tempat kejadian.

Polis turut menahan empat lagi lelaki berusia 28 hingga 50 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu dua lagi suspek warga Afrika bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment