Tuesday 22 May 2018

KEMALANGAN MEMBABITKAN 3 BUAH LORI, SEBUAH BAS DAN SEBUAH KERETA

Hulu Selangor - 22/5/2018

8 cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan 5 buah kenderaan.

Kejadian berlaku kilometer 405.6 Lebuhraya Utara Selatan dari Lembah Beringin menuju ke Tanjung Malim jam 12.30 tengah malam tadi tadi.


Jurucakap polis memaklumkan kemalangan membabitkan 3 buah lori , sebuah bas ekspress dan sebuah kereta.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler terbabas akibat jalan licin dan memasuki laluan bertentangan.


Kenderaan berat itu kemudian dirempuh sebuah lori 3 tan yang tidak sempat mengelak .

Tiga lagi kenderaan yang berada di belakang termasuk bas ekspres yang tiada penumpang yang cuba mengelak dari merempuh dua kenderaan itu bergesel sesama sendiri.

Ia menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri dan terbabas ke bahu jalan.


Kesemua mangsa yang cedera diselamatkan orang awam sebelum pasukan perubatan tiba bagi memberi bantuan.

Kemalangan menyebabkan kedua dua laluan sesak.

Ketika kejadian, hujan lebat selain jalan yang berbukit.

No comments:

Post a Comment