Saturday 19 May 2018

2 MAUT 4 LAGI BERJAYA DIBERKAS SELEPAS AKSI BERBALAS TEMBAKAN

Petaling Jaya - 18/5/2018

Tak sampai 5 minit menyamun sebuah kedai emas...

Dua penjenayah maut ditembak manakala 4 rakan sejenayahnya ditangkap dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis petang tadi.


Kejadian berlaku di dalam sebuah pusat membeli belah Atria Damansara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata..  Insiden berlaku selepas pihak gerakan menerima laporan kejadian samun kira kira jam 5 petang.

Kumpulan penjenayah yang lengkap memakai topi keledar penuh dan berjaket itu dipercayai memasuki premis dengan menggunakan 3 pucuk pistol dan beberapa penukul.

Selepas menyamun..  Suspek dipercayai melarikan diri menggunakan 4 buah motosikal.

Bagaimanapun berjaya dipintas pasukan jenayah berat IPK Selangor di bahagian lobi dan jalan raya depan pusat membeli belah berkenaan.

Tindakan suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis akhirnya memakan diri apabila 2 daripada mereka tumpas dan seorang cedera selepas terkena tembakan.

Polis turut merampas 3 pucuk pistol jenis semi auto, revolver dan pistol angin serta penukul.

Segala hasil samun turut ditemui semula namun jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Polis percaya lebih 8 suspek terlibat dan kini sedang memburu saki baki kumpulan itu.

Dengan penahanan ini..  Polis percaya kumpulan terbabit terlibat dalam 8 kes samun kedai emas di sekitar Selangor Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sejak tahun lepas.

No comments:

Post a Comment