Thursday 29 March 2018

SUAMI ISTERI ANTARA 97 DITAHAN POSITIF DADAH

Kuala Lumpur - 29/3/2018

Akibat ketagih dadah sepasang suami isteri sanggup membawa 4 orang anak mereka yang masih kecil ke hotel bajet untuk melepaskan gian.

Perbuatan pasangan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK menyerbu beberapa hotel bajet di sekitar ibu negara awal pagi tadi.


Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib berkata Ops Perdana ini dilakukan selama dua hari di beberapa lokasi tumpuan sekitar projek perumahan rakyat PPR, hotel bajet dan pusat hiburan.

Pasangan suami isteri itu antara yang ditahan kerana positif dadah.

Mereka juga didapati membawa 4 anak mereka seawal usia 4 tahun hingga 10 tahun ke hotel bajet untuk menghisap dadah.


Kebanyakan penagih dadah kini dikesan menjadikan hotel bajet untuk melepaskan gian kerana banyak kawasan atau “port” mereka sebelum ini sudah diserbu pihak berkuasa.

Sementara itu remaja perempuan berusia 19 tahun ini sudah beberapa kali ditahan kerana positif dadah.


Bagaimanapun dia masih berdolak dalih kononnya tidak mengetahui ada mengambil dadah.

Pelajar sebuah institut pengajian tinggi IPT ini juga antara dicekup kerana positif dadah.


Dia mengaku mengambil dadah jenis syabu.

Sepanjang dua hari operasi dijalankan AADK ini seramai 193 diarah menjalani ujian air kencing.

Daripada jumlah itu ,97 orang positif dadah.

84 adalah lelaki dan selebihnya wanita yang berusia seawal usia 13 tahun hingga lebih 51 tahun.



*Subscribe YouTube : MKL Crimedesk*

No comments:

Post a Comment