Monday 12 March 2018

3 WARGA NIGERIA DALANG SINDIKET PARCEL SCAM

Gombak - 12/3/2018

Tiga warga Nigeria, dua lelaki dan seorang wanita serta seorang wanita Filipina yang menjadi dalang.

Polis menumpaskan sindiket penipuan Parcel Scam dengan penangkapan tiga warga Nigeria dan seorang wanita Filipina.


Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan di Desa Aman Puri, Kepong, Gombak, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam susulan aduan dibuat seorang mangsa wanita yang ditipu pada Disember lalu.


Dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki Nigeria dan wanita Filipina .

Hasil soal siasat  membawa kepada serbuan kedua kira-kira pukul 1.30 pagi.


Polis juga terpaksa memotong jeriji pintu rumah kedua sebelum dapat menahan seorang lelaki dan wanita warga Nigeria berkenaan.

Hasil tangkapan, polis merampas beberapa buah komputer riba, telefon bimbit dan pendrive digunakan untuk kegiatan menipu mangsa.

Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 424 kanun.

No comments:

Post a Comment