Thursday 8 March 2018

DADAH DALAM BENTUK SERBUK MINUMAN

Ampang Jaya - 8/3/2018

Polis menumpaskan kegiatan tiga individu termasuk dua wanita yang memproses dadah jenis ekstasi dalam bentuk serbuk minuman.


Ia hasil serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang Selangor tiga hari lepas.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an yang juga ketua sindiket ditahan bersama dua pekerjanya iaitu wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata hasil pemeriksaan pihaknya menemui serbuk ekstasi seberat 5.1 kilogram, ketamin 21.4 gram dan dua ketulan mampat ganja.

Jumlah keseluruhan rampasan  berjumlah lebih 514 ribu ringgit.


Polis turut merampas peralatan memproses dadah antaranya alat pengisar elektrik, lesung batu dan plastik lutsinar.

Polis kini sedang mengenal pasti pasaran sindiket itu.

Hasil semakan polis mendapati penjualan serbuk minuman mengandungi dadah itu masih belum ditemukan di pusat-pusat hiburan di kawasan Ampang Jaya.


Suspek kini direman untuk siasatan mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

*Subscribe youtube MKL Crimedesk*

No comments:

Post a Comment