Friday 2 March 2018

LELAKI MAUT DITEMBAK DEPAN SEKOLAH

Serdang - 1/3/2018

Seorang lelaki berusia awal 40-an maut ditembak seorang daripada dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan sebuah sekolah rendah di Serdang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan dalam kejadian pada 5.45 petang, mangsa sedang menunggu anak lelakinya di sebuah hentian bas depan sekolah berkenaan.

Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal kemudian menghampiri mangsa dan seorang daripadanya telah melepaskan tembakan.

SAC Fadzil juga mengesahkan seorang mangsa lagi yang juga orang awam berusia awal 30-an cedera akibat terkena tembakan di belakang badan.


Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di hospital Serdang

Polis masih mengenalpasti suspek yang terlibat dengan kejadian itu termasuk merakam keterangan saksi serta mendapatkan rakaman cctv di lokasi kejadian.


Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan bagi kesalahan membunuh.

No comments:

Post a Comment