Wednesday 8 November 2017

PENJENAYAH DIBELASAH

SETAPAK - 06/11/2017

Bukan sahaja tidak dapat menikmati hasil jenayah samun dilakukan.

Malah seorang penenayah dibelasah sebelum ditangkap oleh orang awam selepas suspek bersama rakannya melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Jalan Semarak Api 3, Kuala Lumpur malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira  jam 9 malam ketika tidak ada pelanggan lain di dalam kedai terbabit.

Enggan menyerahkan hasil perniagaan, berlaku pergelutan antara dua penjenayah itu dengan pekerja kedai berkenaan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Suspek dipercayai menggunakan tukul dan parang dan mengambil beberapa barangan berharga seperti rokok, kad tambah nilai prabayar dan sejumlah wang tunai.

Suspek didapati datang dengan menaiki  motosikal jenis yamaha LC.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu, kemudian bergegas cuba menangkap suspek.

Seorang dari suspek berjaya ditangkap orang ramai kira kira 100 meter dari tempat kejadian.

Suspek berumur lingkungan 20an. Seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Turut ditemui bersama suspek tukul yang digunakan semasa melakukan jenayah dan barang barang hasil samun.

Seorang pekerja cedera di tangan kanan dipercayai akibat berlaku pergelutan

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup cctv premis dan bangunan berhampiran bagi mengesan kenderaan penjenayah.

No comments:

Post a Comment