Sunday 22 October 2017

CALON SPM ANTARA 13 DICEKUP

SERDANG - 22/10/2017

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini antara 13 dicekup dalam Ops Cegah Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata remaja perempuan itu bersama 12 mat rempit yang lain sedang leka berlumba ketika unit risikan polis membuat rondaan.

Saringan ujian air kencing mendapati dua daripada 13 yang dtahan itu positif mengambil dadah.

Superintendan Mustafa Bakri berkata sepanjang operasi selama 6 jam bermula 12 tengah malam tadi di susur masuk Plaza Tol UPM sebanyak 300 kenderaan yang kebanyakan pemilik motosikal  diperiksa.



Daripada jumlah itu sebanyak 247 saman bagi pelbagai kesalahan dikeluarkan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan melakukan pengubahsuaian.

Dalam operasi ini ada juga penunggang motosikal bertindak melawan arus untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila kawasan operasi telah dikepung anggota JSPT terutama membabitkan unit risikan

Turut membantu..  21 pegawai dan anggota penguatkuasa AADK, JPJ dan PLUS.

Kesemua tangkapan termasuk motosikal yang disita dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment