Tuesday 24 October 2017

POLIS KL RAMPAS DADAH

KUALA LUMPUR - 23/10/2017

Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dan merampas seribu pil ectasy dan wang tunai 147 ribu ringgit.

Ia hasil serbuan berasingan di Jalan Kuching dan Jalan Kuchai Lama, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul.

Dalam serbuan pertama itu, dua lelaki berusia 58 dan 46 tahun ditahan di sebuah kafe di Jalan Kuching.

Hasil pemeriksaan polis menemui tiga peket plastik mengandungi pil ectasy dan wang tunai seribu ringgit.

Susulan tangkapan dua individu berkenaan, suspek kemudian membawa polis ke sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada hari sama.

Pemeriksaan di kondominium berkenaan berjaya menahan dua individu termasuk termasuk seorang wanita berusia 41 dan 50 tahun.

Pemeriksaan di kediaman itu turut menemui wang tunai berjumlah 147 ribu ringgit dipercayai hasil dari kegiatan haram berkenaan.




Semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment