Sunday 1 July 2018

GRO BERTEMAKAN "WORLD CUP"

Subang Jaya - 30/6/2018

Bahang saingan bola sepak Piala Dunia yang semakin menghangatkan kini turut digunakan pusat hiburan bagi melariskan perniagaan mereka...

Mana tidaknya... GRO bertemakan 'WORLD CUP'...  Antara taktik dikesan digunakan sebuah pengusaha pusat hiburan akhirnya dibongkar hasil operasi polis bahagian maksiat D7 IPK Selangor, pada sabtu lepas.


Pusat hiburan yang terletak di Subang Jaya itu digempur Pegawai Turus D7, Inspektor Azrul Izwan dan Inspektor Yap Ket Hua dengan memberkas seorang penjaga premis dan 33 GRO dari pelbagai negara.

Semakan mendapati 25 daripada GRO ini adalah warga Thailand, 4 dari Korea, 2 Ukraine dan masing masing seorang dari Laos dan Kemboja.


Siasatan juga mendapati harga jualan tiara atau 'crown' untuk pelanggan memilih GRO pilihan mereka bermula dari 300 ringgit dan boleh mencecah sehingga seribu ringgit.


Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan di bawah Akta imigresen.

No comments:

Post a Comment