Friday 20 July 2018

ADUN BALAKONG MAUT

Cheras - 20/7/2018

Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 11 perpuluhan 7, Lebuh Raya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Tien Chee yang memandu bersendirian kenderaan Nissan X-trail maut di tempat kejadian.

Difahamkan, lori yang terlibat dalam kemalangan itu milik syarikat Grand Saga.


Turut terlibat dalam kejadian ialah kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang kereta mangsa kerana tidak sempat mengelak.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment