Saturday 28 July 2018

10 PREMIS JUDI ONLINE DISERBU

Rawang - 28/7/2018

Polis merampas 208 mesin slot, 73 mesin simulator dan 63 mesin tambah nilai koin yang dianggarkan bernilai RM 1 juta dalam serbuan di 10 premis yang menjalankan kegiatan judi haram di Jalan Bandar Rawang 3, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

  Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, seramai 113 individu terdiri daripada 72 pemain dan 41 penjaga  selain seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dibawa ibu bapanya ke salah satu premis judi berkenaan.


  “Dalam operasi khas banteras judi dilakukan di kawasan ini, kami membuat serbuan di 10 premis dan menahan 113 individu berusia 18 hingga 59 tahun selain seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

  “Kami merampas 208 mesin slot, 73 mesin simulator dan 63 mesin tambah nilai koin yang dianggarkan bernilai RM 1 juta dalam serbuan berkenaan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, tengah malam tadi.


  Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

  Mohamad Fuzi berkata, sejak diumumkan penubuhan bilik gerakan khas bagi judi haram pada 20 Julai lalu, pihaknya menerima lebih 100 maklumat di seluruh negara.

  “Sebaik menerima maklumat berkenaan, kami terus membuat serbuan bagi membanteras kegiatan judi haram di seluruh negara.


  “Kami memandang serius terhadap kegiatan judi haram dan bertekad untuk membanteras aktiviti berkenaan yang banyak mendatangkan masalah sosial dalam masyarakat,” katanya.

No comments:

Post a Comment