Friday 13 July 2018

MASIH RAMAI MAJIKAN MEMBERNARKAN PATI BEKERJA

Kuala Lumpur - 13/7/2018

Tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan Imigresen sahaja.

Itu kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang melancarkan Ops Mega 3.0 sejak 1 julai lalu selepas tamatnya program rehiring pekerja asing.

Jelasnya... Dalam operasi malam tadi membuktikan masih ramai lagi majikan yang membenarkan PATI bekerja di tempat mereka.


Dalam operasi di 3 lokasi panas dekat pangsapuri PURI Selayang,  Desa Aman Puri Kepong dan rumah kongsi di tapak pembinaan di Bukit Jalil malam tadi.

Seramai 258 pati diberkas daripada 468 warga asing diperiksa.


Tiada dokumen perjalanan sah, tamat tempoh permit antara kesalahan utama dikesan.

Indonesia bangladesh dan myanmar adalah warga negara yang paling tinggi melakukan kesalahan.


Jelasnya anggota penguatkuasa turut berdepan dengan risiko ancaman keselamatan ketika menahan pati ini.

Ada yang merempuh penguatkuasa sehingga terpaksa menangkap mereka menggunakan kekuatan 3 atau 4 orang anggota.

Ada juga yang melarikan diri di kawasan bahaya seperti memanjat bangunan tinggi dan menyorok di kawasan semak.

Kesemua tangkapan di bawa ke ibu pejabat imigresen di jalan duta untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment