Monday 2 July 2018

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA LANCAR OPS MEGA 3.0

Kuala Lumpur - 1/7/2018

Jabatan Imigresen hari ini melancarkan Ops Mega 3.0 selepas program Penggajian dan Penempatan Semula Rehiring PATI berakhir semalam.

Dengan tamatnya program itu semua vendor vendor yang dilantik sebelum ini ditamatkan serta merta.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafa Ali berkata sepanjang program itu 744,942 PATI dan 83,919 majikan telah berdaftar dengan program berkenaan bermula 15 Februari 2016 hingga 30 Jun 2018.


Sehingga semalam pula 485,683 PATI telah diproses dan daripada jumlah itu 110,849 telah dikeluarkan pas lawatan kerja sementara sehingga 31 Mei 2018.

Program Rehiring dilakukan susulan tempoh sah laku program E-Kad yang bertujuan membolehkan PATI dan majikan mendapatkan dokumen perjalanan atau pasport di kedutaan bagi tujuan Rehiring, tamat pada 15 Februari lalu.


Beliau ditemui selepas menyertai Ops Mega 3.0 di ibu negara pada ahad.

Dalam operasi itu 1,672 warga asing diperiksa.


Daripada jumlah itu, 229 warga asing ditahan bagi pelbagai kesalahan.

No comments:

Post a Comment