Tuesday 31 July 2018

NAMPAK REMEH, NAMUN IMPAKNYA SANGAT BESAR

Kuala Lumpur - 31/7/2018

Biarpun nampak kesalahan remeh... Namun impaknya dalam mengesan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya atau jenayah sangat besar...

Itu antara objektik ops Jabatan Pengangkutan Jalan dalam menitik beratkan kesalahan nombor pendaftaran ekstrim atau tidak mengikut spesifikasi.


Nombor pendaftaran kenderaan merupakan medium kawalan keselamatan kepada tujuh kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan dan kematian.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd. Ismail Mohd. Zawawi berkata...kesalahan itu termasuklah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu atau menunggang, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.


Langkah kawalan ke atas tujuh kesalahan utama itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan dapat dikenal pasti melalui nombor pendaftaran yang terang, tidak mengelirukan dan mematuhi spesifikasi.

Malah operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan-kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan jenayah atau mengelakkan daripada tindakan penguatkuasaan.


Dalam operasi di Jalan Bangsar ibu negara yang dianggotai 55 penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur...  Sejumlah 36 kesalahan itu dikesan dan diberi notis arah periksa.

Operasi bermula jam 9 malam itu turut mengeluarkan 316 saman.


Tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh masih menjadi kesalahan paling tinggi dikesan iaitu 269.

Dua buah kenderaan motor turut disita.

Operasi berakhir jam 11 malam tadi.

No comments:

Post a Comment